Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Melancarkan Mi Box 4 SE – Hadir Dengan 1GB RAM, 4GB Storan Dan Sistem Operasi PatchWall - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Melancarkan Mi Box 4 SE – Hadir Dengan 1GB RAM, 4GB Storan Dan Sistem Operasi PatchWall

Kotak set Xiaomi boleh dikatakan popular di China dan di beberapa negara seperti Malaysia dan Amerika Syarikat. Ia popular kerana dijual pada harga yang agak murah jika dibandingkan dengan kotak set Android yang menggunakan sistem operasi Android yang merapu.

Selepas Mi Box 4 atau Mi Box S (pasaran global), Xiaomi baru-baru ini telah melancarkan Mi Box 4 SE dengan spesifikasi lebih rendah dan tanda harga yang lebih murah. Mi Box SE dijana dengan cip pemproses Coretx-A7, GPU Mali-400, memori 1GB RAM dan 4GB storan dalaman dan mempunyai resolusi maksima hanya 1080p. Sama seperti Mi Box 4, ia turut mempunyai port USB-A untuk sambungan pemacu USB atau cakera keras dan sokongan sambungan Internet melalui WiFi dan sokongan casting.

Seperti kotak set Mi Box versi China yang lain, ia menjalankan sistem operasi PatchWall yang sama pada Mi TV dengan kemampuan kawalan suara dan kandungan penstriman yang diiktiraf. Sistem operasi ini adalah mirip MIUI, jadi dengan memori yang rendah – ia sudah cukup untuk beroperasi dengan lancar. Jika versi global, ia akan menggunakan Android TV dan spesifikasi ini tidak cukup. Mi Box S di rumah saya dengan memori 2GB RAM dan menjalankan Android TV agak lengah masa sedikit.

Fokus Xiaomi adalah untuk mereka yang memiliki monitor atau televisyen 1080p asas. Melalui Mi Box 4 SE ini, monitor atau televisyen merekan akan menjadi pintar. Harga pula agak lebih murah dari Mi Box biasa, ia dijual pada harga RMB189 iaitu sekitar RM115 sahaja.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2AQsg1x

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.