Apple Mencari Gambar Terbaik Diambil Menggunakan iPhone Menerusi Cabaran #ShotOniPhone
Di serata Kuala Lumpur papan iklan untuk iPhone dapat dilihat. Ia kerap kali ditukar dengan gambar yang diambil oleh pengguna menggunakan iPhone. Pasti ada di antara anda yang merasakan diri mereka lebih berbakat dan gambar mereka lebih cantik. Kini tiba masanya anda membuktikannya dengan menyertai cabaran “Shot on iPhone”.
Dari hari ini hingga 7 Februari, anda boleh menghantar gambar terbaik anda untuk menyertai cabaran ini dengan hanya memaparkannya di akaun Twitter atau Instagram menggunakan tagar #ShotOniPhone. Gambar yang dihantar kemudian akan diadili oleh sembilan orang hakim yang antaranya ialah Phil Schiller yang merupakan naib presiden pemasaran Apple, Pete Souza (mantan jurugambar White House), Austin Mann (jurugambar iPhone) dan Jon McCormack (ketua pembangunan perisian kamera Apple).
Sepuluh gambar yang terpilih akan digunakan di papan iklan, hiasan dalaman Apple Store dan juga di laman rasmi Apple. Untuk menyertai cabaran ini peserta perlu berusia 18 tahun dan mengambil gambar menggunakan iPhone. Keputusan akan diumumkan pada 26 Februari 2019. Selamat mencuba kepada jurugambar-jurugambar iPhone di Malaysia.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Te37oF
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment