Hi! Welcome Back and Stay Tune! Dyson Bakal Memindahkan Ibu Pejabat Mereka Dari UK Ke Singapura - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Dyson Bakal Memindahkan Ibu Pejabat Mereka Dari UK Ke Singapura

Dyson ialah sebuah jenama teknologi terkemuka daripada United Kingdom yang dikenali untuk siri pembersih vakum mereka yang bukan sahaja nirwayar, tetapi juga berkuasa tinggi.

Tidak lama selepas membuka pusat penyelidikan Malaysia Development Center di Senai, Johor, syarikat tersebut mengumumkan bahawa mereka akan memindahkan ibu pejabat mereka daripada Malmesbury ke Singapura dalam masa beberapa bulan lagi.

Pengumuman tersebut dibuat oleh pengasas syarikat Dyson, Sir James Dyson, pencipta tersohor dari UK yang mengasaskan Dyson sejak tahun 1991. CEO syarikat tersebut pula, Jim Rowan mengatakan bahawa pemindahan ibu pejabat ke Singapura adalah langkah strategik untuk mengukuhkan kedudukan mereka sebagai syarikat perkakasan mengemas rumah yang terkemuka di rantau Asia.

Dari perspektif perniagaan, langkah ini boleh dikatakan sebagai satu langkah yang masuk akal, kerana produk Dyson lebih popular di negara-negara Asia seperti Singapura, China dan India. manakala kilang pembuatan dan pusat penyelidikan Dyson terletak di Malaysia dan Singapura.

Walapun begitu, Jim Rowan mengatakan bahawa pusat penyelidikan mereka di UK yang merumahkan 4200 pekerja tidak akan ditutup, dan dari segi staf, hanya CEO dan juga pengarah kewangan Dyson, Jørn Jensen akan berpindah ke ibu pejabat Singapura tersebut.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2AVTdkg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.