Hi! Welcome Back and Stay Tune! Misteri Ikan salmon Yang Kembali Ke Tempat Kelahiran Di Alaska - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Misteri Ikan salmon Yang Kembali Ke Tempat Kelahiran Di Alaska






BUMI Alaska terletak di benua Amerika, cukup indah dianugerahkan dengan pelbagai kelebihan antaranya destinasi pilihan pencinta alam dengan flora dan fauna yang sungguh memukau.

Hamparan pergunungan, sungai dan keindahan salji menjadi daya tarikan istimewa tidak hanya bagi penduduknya, malah keindahan semula jadi turut menggamit pelancong seluruh dunia.

Tiga daripada puluhan binatang berhabitat di Alaska sering menjadi sasaran kamera pelancong iaitu ketam Alaska, beruang dan tentunya ikan daripada spesies salmon.

Pemuliharaan alam semula jadi dilaksanakan secara menyeluruh dengan menguatkuasakan undang-undang yang ketat.

Antaranya dalam usaha memelihara hidupan ikan salmon daripada aktiviti pemburuan haram, pihak berkuasa menetapkan semua kegiatan berkaitan memancing ikan salmon, baik di sungai, danau ataupun laut harus mendapat kebenaran.

Aktiviti perlu berlesen dengan kadar sehingga AS$20 (RM82). Kadar dikenakan itu hanya untuk aktiviti sehari memancing. Lesen sama juga dikeluarkan untuk tempoh mingguan, bulanan dan tahunan.

Jika pelancong merasa janggal memancing ikan salmon di habitat asalnya, mereka boleh mengikuti aktiviti memancing di Haines, Alaska dengan bayaran RM82 untuk lesen sehari.

Pelancong boleh meneroka tempat lain antaranya ke Chilkoot Lake, Haines Alaska, kunjungan menaiki kapal layar persendirian membawa pelancong sampai di pinggir danau penuh dengan ratusan ikan salmon spesies merah jambu pelbagai saiz bermula satu kilogram (kg) hingga lebih tujuh kg.

Salmon, sejenis ikan laut daripada keluarga Salmonidae. Selain itu, ada ikan salmon daripada keluarga ikan trout.

Perbezaannya adalah salmon sentiasa hidup berpindah ke sesuatu kawasan mengikut musim, manakala trout menatap hanya di satu tempat saja.

Salmon hidup di lautan Atlantik dan Pasifik. Ikan ini membiak di air tawar dan berhijrah ke lautan selepas dewasa, akan kembali ke air tawar untuk membiak. Penduduk tempatan percaya salmon selalu kembali ke tempat sama dilahirkan untuk bertelur.




KETAM Alaska sajian menu makanan laut.

Penelitian menunjukkan tabiatnya memang begitu, namun alasan mengapa hal itu terjadi dan bagaimana salmon menyimpan memori balik semula ke laluan asal masih menjadi misteri.

Alaska juga popular dalam kalangan penggemar makanan laut dengan memilih ketam sebagai sajian istimewa.

Aktiviti penangkapan ketam raja Alaska dilakukan pada bulan musim sejuk di luar pantai Alaska dan kepulauan Aleut.

Penangkapan komersial dilakukan pada musim pendek dan hasil tangkapan dipasarkan ke seluruh dunia. Sejumlah besar ketam raja juga ada ditangkap di perairan Russia.

Pada 1980, iaitu ketika zaman kemuncak industri ketam, nelayan Alaska menangkap sehingga 200 juta paun (90.9 juta kg) ketam.

Bagaimanapun bermula 1983, jumlah tangkapan menurun sehingga 90 peratus di beberapa tempat.

Antara teori menyebabkan kemerosotan tangkapan termasuk perubahan cuaca disebabkan pemanasan global.

Akibatnya, musim penangkapan dipendekkan, pada musim sejuk 2005 hingga 2006, 250 kapal berupaya menangkap 14 juta paun (6.36 juta kilogram) ketam Alska dalam tempoh empat hari.

Penangkapan ketam adalah sangat berbahaya, dan kadar kematian di kalangan nelayan adalah 90 kali lebih tinggi daripada pekerja biasa.

Difahamkan, secara purata seorang nelayan ketam meninggal dunia pada setiap minggu pada musim tangkapan.

Begitupun bagi pelancong yang ingin merasai pengalaman melancong di Alaska sekali gus menangkap raja ketam, boleh membawa penduduk tempatan bersama kerana mereka lebih arif teknik penangkapan yang selamat.

✍ Sumber Pautan : ☕ dairishare

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2RGy73M

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.