Hi! Welcome Back and Stay Tune! Elon Musk Dan Min-Liang Tan Berkicau Di Twitter – Adakah Satu Kerjasama Akan Terjalin? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Elon Musk Dan Min-Liang Tan Berkicau Di Twitter – Adakah Satu Kerjasama Akan Terjalin?

Elon Musk, CEO Tesla berkicau hari ini di Twitter menjawab soalan mengapa kenderaan elektrik Tesla tidak dijual secara banyak di negara Singapura.

Beliau berkata bahawa kerajaan Singapura tidak begitu terbuka untuk bekerjasama dengan Tesla kerana mereka masih bergantung kepada tenaga fosil walaupun mempunyai kawasan dan kuasa kewangan yang cukup besar untuk melabur di dalam tenaga lestari seperti solar dan bateri.

Sedang Elon menjawab pertanyaan tersebut, Min-Liang Tan, CEO Razer mencelah dengan berkata bahawa Razer bakal membuka ibu pejabat mereka di Singapura menjelang tahun 2020 kelak dan ingin bekerjasama dengan Tesla Energy untuk menguasakan kompleks tersebut dengan tenaga lestari.

Dalam pada itu, Elon Musk juga berkata bahawa beliau suka akan perkakasan dan aksesori gaming Razer dan siri kicauan ini membuatkan ramai orang tertanya-tanya jika satu kerjasama besar bakal berlaku diantara kedua-dua syarikat ini.

Mungkinkah tidak lama lagi, kita akan dapat melihat kereta Tesla yang hadir dengan sokongan untuk sistem pencahayaan RGB Razer Chroma?



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Ql4LCA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.