Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Mempatenkan Kawalan Melalui Bisikan Sebagai Pengganti Kepada Kawalan Suara - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Mempatenkan Kawalan Melalui Bisikan Sebagai Pengganti Kepada Kawalan Suara

Populariti pembantu maya atau pembantu digital di masa kini menjadikan banyak pengeluar hadir dengan pembantu tersendiri. Bagi syarikat besar seperti Google, Amazon, Apple, Oppo atau Xiaomi mempunyai Google Assistant, Alexa, Siri, Breeno atau Xiao Ai. Kesemua pembantu maya ini boleh dikawal dengan aplikasi pada telefon pintar, butang khas atau arahan suara. Tetapi, terdapat satu syarikat ingin gantikan arahan suara kepada satu kaedah baru.

Syarikat tersebut ialah Microsoft. Microsoft dilihat telah mempatenkan kawalan pembantu maya melalui bisikan. Tetapi kenapa? Kawalan suara kebiasaannya memerlukan suara yang sedikit kuat dan jelas, jadi jika ingin gunakan di khalayak ramai ada yang segan. Kemudian, suasana turut akan bising menjadikan pembantu maya tersebut sukar menangkap apa arahan yang diberikan pengguna.

Tidak lupa juga, ia adalah satu kaedah untuk menjaga privasi pengguna. Misal kata seseorang ini kerap menggunakan pembantu maya untuk menghantar SMS atau membalas emel – kawalan suara sekarang, orang sekeliling mudah untuk dengar apa yang pengguna sampaikan. Jika melalui bisikan, privasi seseorang pasti terjaga. Kawalan bisikan yang dipatenkan oleh Microsoft ini bukannya perisian, tetapi sejenis komponen mikrofon ultra-sensitif.

Melalui komponen ini, peranti perlu dirapatkan ke mulut pengguna dan jurang kecil antara peranti dengan mulut dapat menangkap isyarat ucapan pengguna dengan aras suara yang sangat perlahan. Bukan sahaja menjaga privasi, tetapi kawalan ini turut tidak akan buatkan orang sekeliling rasa jengkel terhadap mereka yang gemar menggunakan kawalan suara di khalayak ramai.

Sensor seperti ini menurut paten Microsoft boleh digunakan kepada telefon pintar, jam tangan pintar, cincin atau juga pen. Agak menarik, tetapi tidak tahu bila teknologi ini akan mula digunakan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2F6Qacy

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.