FoodPanda Mengurangkan Caj Penghantaran Makanan Untuk Tahun 2019
FoodPanda merupakan salah satu perkhidmatan yang menawarkan kemudahan tempahan dan penghantaran makanan terus kepada pengguna. Kini, untuk tahun 2019, pihak FoodPanda mengumumkan yang mana mereka akan mengurangkan caj untuk penghantaran makanan melalui platform mereka.
Menurut FoodPanda, bermula 1 Januari 2019 ini, pelanggan di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya akan dicaj sebanyak RM3 untuk penghantaran berbanding RM5 sebelum ini. Di Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu pula akan dicas RM2 untuk penghantaran.
Pada masa yang sama, kini perbelanjaan minima adalah sebanyak RM10 sebelum dapat menggunakan perkhidmatan FoodPanda.
Selain FoodPanda, satu lagi perkhidmatan yang menawarkan kemudahan untuk penghantaran makanan adalah Grab Food, dimana mereka mengecaj pengguna sebanyak RM5 untuk setiap penghantaran.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2CNDrZX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment