Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft: Cortana Bukan Lagi Pesaing Kepada Google Assistant Atau Alexa – Mempunyai Fokus Tersendiri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft: Cortana Bukan Lagi Pesaing Kepada Google Assistant Atau Alexa – Mempunyai Fokus Tersendiri

Cortana adalah pembantu maya oleh Microsoft. Ia mula diperkenalkan untuk Windows Phone dan boleh dikatakan adalah antara pembantu maya terawal yang hadir secara terbina dalam sesebuah peranti pintar. Tetapi Cortana lambat untuk maju, jadi Google Assistant dan Amazon Alexa telah mendahului banyak langkah ke hadapan. Apakah nasib Cortana?

Cortana Android

Bulan November tahun lepas, Microsoft dilihat telah mula menjual pembesar suara pintar Alexa di laman web mereka dan beberapa kedai Microsoft terpilih. Dari sini, kita sudah lihat – Cortana bukan lagi pesaing kepada pembantu maya yang lain. Terkini, CEO Microsoft – Satya Nadella mengesahkan yang Cortana bukanlah pesaing kepada Google Assistant atau Alexa. Tetapi, Cortana akan difokuskan untuk produk-produk Microsoft sahaja – seperti Office 365, Windows 10 dan lain-lain.

Invoke

Microsoft juga dikatakan tidak akan hadir dengan pembesar suara pintar Cortana seperti yang pernah kami laporkan sebelum ini. Microsoft sudah pun bekerjsama dengan Amazon untuk integrase Cortana Bersama-sama dengan Alexa. Produk Microsoft lain seperti Skype dan Xbox sudah pun mempunyai integrase Alexa. Cortana kelak, turut boleh digunakan Bersama-sama dengan Android dan iOS secara lebih mendalam dalam aplikasi Office di masa akan datang.

Microsoft mungkin tidak akan mempunyai pembesar suara pintar Cortana lagi, tetapi set fon kepala seperti Surface Headphones dengan Cortana terbina – mungkin akan diteruskan kerana ia boleh diintegrasi dengan banyak aplikasi, perkhidmatan dan lain-lain.

Beberapa hari lepas, Microsoft telah pun mengasingkan Cortana dari Microsoft Search. Ini adalah untuk memastikan kedua-dua produk ini berkembang dengan sendiri sebagai perkhidmatan yang berlainan. Mungkin ini adalah salah satu langkah Microsoft dalam integrasi Cortana untuk produk-produk mereka.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2DlvhIt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.