Hi! Welcome Back and Stay Tune! WeChat Akan Memaparkan Lokasi Individu Yang Liat Membayar Hutang Di China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

WeChat Akan Memaparkan Lokasi Individu Yang Liat Membayar Hutang Di China

Aplikasi WeChat di China bukan sekadar untuk pemesejan untuk berkenalan dengan individu berhampiran. Di China ekosistem WeChat membolehkan ia menjadi dompet digital dan memaparkan kad pengenalan seseorang pengguna. Di Hebei China, ia kini menguji fungsi memaparkan lokasi individu yang liat membayar hutang.

Menerusi kerjasama dengan mahkamah tinggi Hebei, individu yang didapati liat membayar hutang akan dipamerkan di dalam peta mini WeChat. Pengguna biasa boleh melihat nama dan kad pengenalan mereka yang berada dalam lingkungan 500 meter. Dengan memalukan penghutang ini, kerajaan tempatan berharap mereka akan membayar hutang dengan secepat mungkin.

Sebelum ini kami laporkan China bakal mengaktifkan sistem kredit sosial untuk setiap warga menjelang 2020. Apabila kesalahan dilakukan, markah peribadi akan ditolak. Ini boleh mendatangkan kesan kepada permohonan tempat kerja, rumah rakyat, pinjaman bank dan persekolahan mereka. Sistem seakan fiksyen sains Black Mirror ini digunakan untuk mengawal adab rakyat sepanjang masa.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2DkoVsR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.