Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tun Mahathir – Malaysia Akan Mengkaji Keperluan Mengharamkan Kelengkapan 5G Huawei - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tun Mahathir – Malaysia Akan Mengkaji Keperluan Mengharamkan Kelengkapan 5G Huawei

Sejak tahun lalu terdapat beberapa negara seperti Australia dan New Zealand yang mengharamkan Huawei dari membekalkan kelengkapan 5G mereka untuk kegunaan sistem selular. Antara alasan yang diberikan ialah Huawei dikatakan melakukan intipan siber bagi pihak China. Huawei menolak sekeras-kerasnya tuduhan yang diberikan dan menegaskan mereka menghormati undang-undang dimana mereka beroperasi.

Ketika dialog Tun Mahathir di Oxford Union, Perdana Menteri disoal tentang pendirian kerajaan Malaysia mengenai penggunaan infrastruktur 5G Huawei di negara. Beliau mengatakan Malaysia akan melakukan kajian terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan mengharamkannya kerana tidak hanya mahu mengikut apa yang dilakukan oleh negara lain. Pada waktu yang sama Malaysia belum menemui sebarang bukti Huawei melakukan aktiviti pengintipan di negara kita.

Pada bulan November 2018, SKMM telah membuka panggilan kepada syarikat yang ingin menyertai ujian untuk rangkaian generasi baru ini di Cyberjaya. Huawei adalah antara syarikat yang dimasukkan dalam pasukan petugas 5G negara bersama ZTE dan Ericsson.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2QWmsbX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.