Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mingguan Amanz – Huawei Nova 4 Malaysia, Razer Phone 2 Malaysia, Oppo Kamera Zoom 10x - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mingguan Amanz – Huawei Nova 4 Malaysia, Razer Phone 2 Malaysia, Oppo Kamera Zoom 10x

Minggu ini menyaksikan beberapa peranti baru memasuki pasaran tempatan. Salah satu yang mencuri perhatian adalah Razer Phone 2 yang hadir dengan skrin pada kadar segar semula 120Hz, dan akan dijual pada harga RM3449 di Malaysia.

Selain Razer, pihak Huawei kini telah mengumumkan penawaran Huawei Nova 4 untuk pasaran tempatan, dan akan dijual bermula bulan Februari kelak. Ia hadir dengan rekaan skrin berlubang, selain menggunakan tri-kamera pada bahagian belakang.

Oppo pada minggu ini telah memperlihatkan teknologi kamera terbaru mereka dengan kemampuan zoom kamera sehingga 10x nirhilang.

Maybank pada minggu ini telah mengumumkan yang mana semua transaksi pada aplikasi Maybank akan memerlukan penggunaan Secure2U menggantikan SMS TAC bermula minggu akan datang ini.

Telekom Malaysia pula membuat kejutan dan meningkatkan kadar had kelajuan kepada 512kbps untuk pengguna Unifi Basic selepas kehabisan kuota 60GB yang ditawarkan.

Dan akhir sekali, Honor kini telah mengumumkan mereka akan mula menjual Honor View20 untuk pasaran tempatan bermula 26 Januari ini. Walaubagaimanapun, harga jualannya masih belum diumumkan buat masa ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2T4GpPo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.