Hi! Welcome Back and Stay Tune! Telefon Dengan Sokongan Ketahanan Air Di Bawah RM2500 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Telefon Dengan Sokongan Ketahanan Air Di Bawah RM2500

Telefon dengan ketahanan air adalah satu fungsi ekstra yang amat memberi kesenangan namun kebanyakannya ditawarkan pada harga yang tinggi. Ia adalah satu fungsi yang ‘mahal’ kerana dalaman peranti perlu dilindungi dengan teliti bagi mengelakkan sejumlah komponen terdedah dengan kemasukkan debu dan cecair. Tidak hairanlah fungsi ini wujud pada kebanyakannya peranti peranti mercu (flagship) dan amat jarang ditawarkan pada peranti berspesifikasi yang lebih rendah.

Sebelum itu, telefon yang mempunyai ketahanan air ini ditentukan melalui penilaian ketahanan Ingress Protection, untuk menentukan sejauh mana peranti tersebut dapat dilindungi daripada kemasukan habuk dan air. Penilaian ini telah digunakan pada banyak peranti yang mana tidak terhad kepada telefon sahaja. Ia sering digunakan pada peranti untuk sektor pembinaan, pendidikan, perlancongan, dan pertahanan, yang mana merangkumi alatan seperti komputer riba, kamera, dan alat bacaan suhu.

Penilaian Ingress Protection (IP) ini terdiri daripada dua angka, yang mana angka pertama mewakili perlindungan daripada debu dan angka kedua mewakili perlindungan daripada air. Untuk sokongan ketahanan air, ia terdapat dua penilaian popular untuk membolehkan telefon pintar dimasukkan ke dalam air ini, iaitu IP67 dan IP68.

Untuk digit pertama, ia membawa maksud perlindungan mekanikal seperti yang tertera di bawah.

Untuk angka kedua pula ia membawakan tahap bacaan IP dari segi perlindungan daripada air.

Kami telah memilih beberapa peranti yang menyokong ketahanan air pada harga di bawah RM2500 ini, yang mana dinilai berdasarkan sejumlah kriteria permilihan di bawah.

Kriteria Pemilihan

  • Telefon 2017 dan ke atas.
  • Menyokong ketahanan air IP67 atau IP68.
  • Ditawarkan secara rasmi di Malaysia.

Selain itu, kesemua telefon yang dipilih di dalam artikel ini adalah berdasarkan set rasmi dengan harga terendah yang anda boleh dapat daripada pengedar-pengedar yang sah. Dengan penilaian yang teliti, berikut adalah senarai telefon yang boleh dimasukkan ke dalam air yang anda boleh dapat di bawah harga RM2500.


08

Samsung Galaxy A8 (2018)

Penilaian ketahanan: IP68

Kita mulakan dahulu dengan Samsung A8 (2018) yang membawakan ketahanan air IP68. Apa yang menarik mengenai peranti ini, ia membawakan skrin Super AMOLED sebesar 5.6-inci, rekaan berasaskan kaca, dan hadir dengan sokongan dwi-kamera pada bahagian hadapan. Ia juga membawakan cip kelas pertengahan Exynos 7885, mempunyai slot kad mikroSD, dan hadir dengan mod pembayaran Samsung Pay.

Cuma kekurangannya, ia tidak menampilkan fungsi Portrait Mode pada bahagian belakang iaitu fungsi yang sudah banyak ditawarkan pada peranti kelas pertengahan. Ia juga hanya hadir dengan kapasiti bateri 3000 mAh yang mana kapasiti baterinya juga sedikit rendah berbanding peranti pesaingnya.

Spesifikasi:

  • 5.6” Super AMOLED FHD+ 18.5:9
  • Samsung Exynos 7885
  • 2 x A73 2.2 GHz, 6 x A53 1.6 GHz
  • 4GB RAM / 32GB + mikroSD
  • 16MP f/1.7 / 16MP f/1.9 + 8MP f/1.9
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • 3000 mAh, USB-C, Adaptive Fast Charging
  • Android 8.0 Oreo

Harga: RM1299 (4GB RAM + 32GB)


07

Samsung Galaxy Note FE

Penilaian ketahanan: IP68

Peranti seterusnya yang anda boleh dapat ialah Samsung Galaxy Note FE yang mempunyai ketahanan air IP68. Ia merupakan Samsung Galaxy Note 7 yang dibarukan berikutan isu bateri yang melanda selepas sebulan ia dilancarkan. Peranti ini membawakan sokongan stylus S-Pen, mod pembayaran Samsung Pay, dan mempunyai keupayaan kamera yang baik untuk harian.

Cuma kekurangannya, ia mempunyai kapasiti bateri yang rendah untuk menggalas skrin Quad HD dan cip pemprosesan yang berkuasa. Ia juga mempunyai rekaan yang sedikit lama apabila dilihat atas perletakkan bingkai yang tebal pada bahagian atas dan bawah skrin.

Spesifikasi:

  • 5.7” Super AMOLED QHD 16:9
  • Samsung Exynos 8890
  • 4 x Mongoose 2.3 GHz, 4 x A53 1.6 GHz
  • 4GB RAM / 64GB + mikroSD
  • 12MP f/1.7 OIS / 5MP f/1.7
  • Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • 3200 mAh, USB-C, Qi, Adaptive Fast Charging
  • Android 8.0 Oreo

Harga: RM1549 (4GB RAM + 64GB)


06

OPPO R15 Pro

Penilaian ketahanan: IP67

Telefon ketiga yang anda boleh dapat ialah OPPO R15 Pro yang menawarkan ketahanan air IP67. Apa yang istimewa pada peranti ini, ia membawakan skrin AMOLED, pengimbas cap jari di bawah skrin, dan hadir dengan fungsi pengecasan pantas VOOC. Ia juga hadir dengan sokongan dwi-kamera f/1.7, kamera hadapan yang baik untuk swafoto, selain dijana dengan memori 6GB RAM.

Cuma kekurangan yang didapati pada peranti ini, ia tidak dijamin menerima kemaskini Android terkini seperti Android 9.0 Pie atas sejarah kemaskini daripada OPPO. Mereka jarang mengemaskini versi Android walaupun ia diberikan kemaskini ColorOS terkini. Ia juga masih menampilkan sambungan mikroUSB berbanding sambungan USB-C yang lebih terkini.

Spesifikasi:

  • 6.28” AMOLED FHD+ 19:9
  • Qualcomm Snapdragon 660
  • 4 x Kryo 260 2.2 GHz, 4 x Kryo 260 1.8 GHz
  • 6GB RAM / 128GB + mikroSD
  • 16MP f/1.7 + 20MP f/1.7 / 20MP f/2.0
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • 3430 mAh, mikroUSB, VOOC
  • Android 8.1 Oreo

Harga: RM1799 (6GB RAM + 128GB)


05

iPhone 7

Penilaian ketahanan: IP67

Bagi penggemar iPhone, anda boleh mendapatkan iPhone 7 yang mempunyai ketahanan air IP67. Ia hadir dengan rekaan kompak, dijana dengan cip Apple A10 Fusion yang pantas, bersama sokongan kamera dengan penstabilan imej OIS. Ia juga mempunyai kebolehan rakaman video yang baik, sokongan pembesar suara stereo, dan hadir dengan Touch ID generasi kedua.

Cuma kekurangannya, ia tidak membawakan bicu audio 3.5mm sekaligus memerlukan kepada penggunaan bergantung kepada aksesori audio berasaskan Bluetooth atau penyesuaian Lighting ke 3.5mm. Ia juga mempunyai rekaan yang sedikit lama dengan perletakkan bingkai yang tebal pada bahagian atas dan bawah skrin.

Spesifikasi:

  • 4.7” Retina HD Display 16:9
  • Apple A10 Fusion
  • AnTuTu: 184,345
  • 2GB RAM / 32GB
  • 12MP f/1.8 OIS / 7MP f/2.2
  • Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • Screen-on-Time: 4-6 jam
  • iOS 12

Harga: RM2199 (32GB)


04

Sony Xperia XZ1

Penilaian ketahanan: IP68

Bagi penggemar peranti Sony pula, anda boleh mendapatkan Sony Xperia XZ1 yang hadir dengan ketahanan air IP68. Ia membawakan cip berkelas flagship Snapdragon 835, memori 4GB RAM, dan mempunyai keupayaan kamera yang baik untuk penggambaran waktu siang. Ia juga membawa paparan HDR, pembesar suara stereo, dan hadir dengan rakaman gerak perlahan 960 fps.

Cuma kekurangannya, keupayaan kameranya sedikit lambat apabila anda membuat tangkapan secara laju. Kapasiti baterinya juga dilihat amat rendah untuk menggalas cip Snapdragon 835 yang berkuasa di dalam peranti ini. Seperti iPhone 7 dan Samsung Galaxy Note FE, Sony Xperia XZ1 juga masih mendatangkan bingkai skrin yang tebal yang sedikit sebanyak memberi penampakan peranti yang kelihatan lama.

Spesifikasi:

  • 5.2” IPS LCD FHD 16:9
  • Qualcomm Snapdragon 835
  • 4 x Kryo 2.45 GHz, 4 x Kryo 1.9 GHz
  • 4GB RAM / 64GB + mikroSD
  • 19MP f/2.0 / 13MP f/2.0
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • 2700 mAh, USB-C, Quick Charge 3.0
  • Android 8.0 Oreo

Harga: RM1699 (4GB RAM + 64GB)


03

Samsung Galaxy S8+

Penilaian ketahanan: IP68

Telefon seterusnya yang anda boleh dapat ialah Samsung Galaxy S8+ yang mempunyai ketahanan air IP68. Ia hadir dengan paparan Super AMOLED yang terang, membawakan sokongan dwi-kamera yang baik, serta mempunyai ketahanan bateri yang mencukupi untuk harian. Ia juga mempunyai fungsi iris scanner, mod pembayaran Samsung Pay, dan menyokong Samsung DeX untuk menjadikan peranti sebagai desktop.

Cuma kekurangannya, ia tidak mempunyai sokongan dwi-kamera untuk kebolehan seperti sokongan zoom optikal dan Portrait Mode yang lebih baik.

Spesifikasi:

  • 6.3” Super AMOLED QHD+ 18.5:9
  • Samsung Exynos 8895
  • 4 x Mongoose M2 2.3 GHz, 4 x A53 1.7 GHz
  • 4GB RAM / 64GB + mikroSD
  • 12MP f/1.7 OIS / 8MP f/1.7
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • 3500 mAh, USB-C, Adaptive Fast Charging
  • Android 8.0 Oreo

Harga: RM1999 (4GB RAM + 64GB)


02

Huawei Mate 10 Pro

Penilaian ketahanan: IP68

Untuk penggemar peranti Huawei, anda boleh mendapatkan Huawei Mate 10 Pro yang membawakan ketahanan air IP67. Ia hadir dengan paparan AMOLED sebesar 6-inci, dijana dengan memori 6GB RAM, dan mampu menawarkan keupayaan kamera berkualiti untuk waktu siang dan malam. Ia juga hadir dengan mod desktop, pembesar suara stereo, dan mempunyai kapasiti bateri sebesar 4000 mAh.

Cuma kekurangan yang didapati pada peranti ini, ia tidak menampilkan slot kad mikroSD, disamping tidak menampilkan sebarang bicu audio 3.5mm.

Spesifikasi:

  • 6.0” AMOLED FHD+ 18:9
  • HiSilicon Kirin 970
  • 4 x A73 2.4 GHz, 4 x A53 1.8 GHz
  • 6GB RAM / 128GB
  • 12MP f/1.6 OIS + 20MP f/1.6 OIS / 8MP f/2.0
  • Bluetooth 4.2, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • 4000 mAh, USB-C, Pengecasan 22.5W
  • Android 8.0 Oreo

Harga: RM1899 (6GB RAM + 128GB)


01

Samsung Galaxy Note 8

Penilaian ketahanan: IP68

Akhir sekali, anda boleh mendapatkan Samsung Galaxy Note 8 yang didatangkan dengan ketahanan air IP68. Ia hadir dengan paparan sebesar 6.3-inci, menawarkan memori 6GB RAM, dan dan menyokong penggunaan stylus S-Pen. Ia juga menyokong mod desktop melalui Samsung DeX, kebolehan Samsung Pay, dan hadir dengan sokongan dwi-kamera yang baik untuk harian.

Cuma kekurangannya, kapasiti baterinya dilihat sedikit rendah untuk menggalas skrin Quad HD dan cip pemprosesan yang berkuasa.

Spesifikasi:

  • 6.3” Super AMOLED QHD+ 18.5:9
  • Samsung Exynos 8895
  • 4 x Mongoose M2 2.3 GHz, 4 x A53 1.7 GHz
  • 6GB RAM / 64GB + mikroSD
  • 12MP f/1.7 OIS + 12MP / 8MP f/1.7
  • Bluetooth 5.0, Wi-Fi 802.11 a/b/g/n/ac, NFC
  • 3300 mAh, USB-C, Adaptive Fast Charging
  • Android 7.1 Nougat / Android 8.0 Oreo

Harga: RM2099 (6GB RAM + 64GB)


Jadi itulah telefon dengan ketahanan air yang anda boleh dapati di bawah RM2500. Kesemua peranti yang disenaraikan di atas boleh didapati melalui kedai fizikal rasmi atau menerusi laman-laman jualan utama Malaysia seperti Lelong, Lazada, Shopee, 11street.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2FNrx48

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.