Fantasy Glider Adalah Permua Pertama Dari Pasukan Yang Membangunkan Pocophone
Tahun lepas, Xiaomi mengumumkan yang mereka kini mempunyai pasukan pembangun khas untuk membangunkan permua. Pasukan pembangun ini adalah daripada pasukan yang membangunkan Pocophone F1, bekerjasama bersama-sama dengan pembangun lain. Pasukan ini adalah Poco Game Development Academy (Poco GDA).
Hari ini, permua pertama daripada Poco GDA dilancarkan secara rasmi – Fantasy Glider. Permua ini boleh dimainkan dengan satu jari sahaja dan pemain perlu mengawal kapal terbang kertas dan mengumpul ikon petir untuk mengumpul mata dan pastikan kapal terbang kertas ini sentiasa terapung. Permua ini dibangunkan menggunakan enjin Unity dan pemain turut boleh selarikan dengan akaun Google untuk simpan data seperti skor dalam Google Play Games. Fantasy Glider adalah percuma untuk dimainkan dan boleh dimuat turun bermula hari ini.
Penafian: Artikel ini telah ditulis di Aksiz.com terlebih dahulu
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Xw3htI
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment