Hi! Welcome Back and Stay Tune! F(x)tec Pro1 ialah Telefon Pintar Android Dengan Papan Kekunci Fizikal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

F(x)tec Pro1 ialah Telefon Pintar Android Dengan Papan Kekunci Fizikal

Majoriti pengguna sudah biasa menggunakan telefon pintar dengan papan kekunci atas skrin. Tetapi ada sebilangan kecil pengguna yang masih lebih selesa menaip menggunakan papan kekunci fizikal. Tidak banyak peranti dengan papan kekunci fizikal di pasaran. Di MWC, F(x)tec Pro1 telah dilancarkan bagi memenuhi pasaran niche ini.

Ia dilengkapi skrin 5.99″ AMOLED, dijana cip Snapdragon 835, memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 128GB, kamera utama 12+5 Megapixel, kamera hadapan 8-Megapixel dan bateri sebesar 3200 mAh yang menyokong pengecasan pantas QC 3.0.

Sistem operasi Android Pie asli digunakan bagi memudahkan proses kemas kini. Papan kekunci fizikal melungsur dari bahagian belakang peranti lengkap dengan 64 kekunci yang setiap satunya berlampu. Turut disertakan ialah butang khas untuk kamera, pengimbas cap jari pada bahagian sisi dan bicu audio.

F(x)tec Pro1 dihasilkan oleh syarikat yang sebelum ini melancarkan projek papan kekunci fizikal untuk Motorola Moto Z sebelum ia dibatalkan. Bagi yang berminat peranti ini dijual pada harga $649 (~RM 2641).



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2BXwEfp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.