Hi! Welcome Back and Stay Tune! Imej Pengolokan Rasmi Huawei P30 Pro Dan P30 Tertiris – Mungkin Hadir Dengan Zoom Optikal 10X - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Imej Pengolokan Rasmi Huawei P30 Pro Dan P30 Tertiris – Mungkin Hadir Dengan Zoom Optikal 10X

Sebelum ni rekaan Huawei P30 Pro dan P30 telah tertiris menerusi laman kerangka Spigen. Terdapat pelbagai spekulasi mengenai sistem kamera yang akan disertakan oleh Huawei pada siri P bagi membezakannya dengan siri Mate. Laman Winfuture hari ini meniriskan imej pengolokan rasmi untuk kedua-dua peranti ini.

 Menurut mereka P30 Pro akan dilengkapi sebuah kamera dengan kemampuan zoom optikal 10X. Ini ialah sensor yang berbentuk empat segi di gambar di atas. Menarik sekali terdapat sebuah lagi sensor di bawah lampu flash. Terdapat spekulasi ini ialah kamera TOF yang membolehkan peranti mengimbas dunia secara 3D sama seperti yang digunakan pada Honor View20.

Rekaan P30 pula menyamai P3o Pro lengkap dengan sistem tri-kamera. Tahun lalu P20 hanya menggunakan dwi-kamera utama. Flash terletak di bawah tri-kamera yang disusun menegak tanpa sensor tambahan seperti pada P30 Pro.

Kedua-dua peranti mempunyai rekaan skrin sisi melengkung lengkap dengan takuk kecil untuk kamera hadapan. Bezel atas dan bawah adalah nipis jika dibandingkan dengan P20 tahun lalu. Tiada lagi pengimbas cap jari pada bahagian dagu. Memandangkan tiada pengimbas cap jari pada panel belakang, adalah selamat untuk mengatakan pengimbas cap jari P30 Pro dan P30 terbina di dalam skrin.

Huawei P30 Pro dan P30 akan dilancarkan pada 26 Mac hadapan di Paris. Segala ramalan dan spekulasi mengenai peranti ini akan terjawab dalam masa beberapa minggu sahaja lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Xq5PJX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.