Huawei Menawar Untuk Membina Pusat Keselamatan Digital Di Poland
Masalah Huawei berkenaan boikot kelengkapan rangkaian 5G mereka nampaknya tidak akan berakhir dalam masa yang terdekat ini.
Beberapa minggu selepas salah seorang eksekutif mereka ditangkap atas dakwaan mengintip, mereka dilaporkan sedang berbincang dengan kerajaan Poland untuk membina sebuah pusat keselamatan digital di negara tersebut.
Menurut laporan Reuters, tawaran ini juga dibuat kerana kerajaan tersebut juga dikatakan sedang berfikir untuk tidak menggunakan kelengkapan rangkaian 5G Huawei kerana risau akan pengintipan data yang mungkin akan dilakukan oleh mereka untuk pihak kerajaan China.
Ini bukanlah kali pertama Huawei akan membina pusat keselamatan digital ini, kerana mereka sudahpun membina dua pusat tersebut di negara Jerman dan UK untuk menunjukkan bahawa kelengkapan rangkaian mereka adalah selamat, dan jika apa-apa kerentanan ditemui, ia akan diperbetulkan dengan segera.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2HXW6qR
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment