VLC 4.0 Akan Menghentikan Sokongan Pada Windows XP Dan Vista
Aplikasi pemain video sumber terbuka VLC kini berada di versi 3.06. Sejak bertahun lamanya kami menggunakan VLC kerana antaramuka yang sama pada komputer dan juga telefon mudah alih. Di acara FOSDEM yang sedang berlangsung, pembangun VLC berkongsi beberapa pembaharuan yang bakal diberikan pada versi 4.0 kelak.
Pertama sekali ialah VLC 4.0 akan menghentikan sokongan sistem operasi Windows XP, Windows Vista, macOS 10.7-10.10, iOS 7-8 dan Android 2.2-4.2. Antaramuka pemain juga akan dinaik taraf pada Windows 10, Gnome dan KDE Plasma 5. Ini adalah selepas menerima maklum balas pengguna yang merasakan antaramuka semasa sudah tidak kongruen dengan antaramuka tiga sistem operasi ini,
Dari segi fungsi pula ia akan menyokong kandungan VR/AR pada peranti realiti maya dan telefon pintar. Selain itu pada versi desktop, fungsi Media Library yang menujukkan kesemua kandungan video pada komputer akan disertakan. Selama ini ia hanya disokong pada peranti Android. Sebelum kami laporkan VLC 4 turut akan akhirnya membawakan sokongan AirPlay. Bilakah kemas kini akan diberikan belum lagi diumumkan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2SwAINb
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment