Hi! Welcome Back and Stay Tune! Paten Essential Phone-2 Tertiris – Tiada Takuk, Kamera Swafoto Terbina Bawah Skrin? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Paten Essential Phone-2 Tertiris – Tiada Takuk, Kamera Swafoto Terbina Bawah Skrin?

Essential Phone atau Essential PH-1 adalah antara telefon pintar Android pertama yang mempunyai takuk. Ia dihasilkan oleh pengasas Android, Andy Rubin. Tetapi sudah hampir 2 tahun, kita masih tidak lihat pengganti buat Essential PH-1.

Ini adalah kerana, menurut laporan pembangunan Essential PH-2 dibatalkan dan mereka ingin menjual syarikat. Selang lima bulan kemudian, mereka dilaporkan ingin menghasilkan telefon pintar yang dijana dengan sistem kecerdasan buatan yang boleh memimik pengguna. Terkini, paten buat Essential Phone-2 telah tertiris dan ia memperlihatkan sesuatu yang unik.

Essential PH-2 dikatakan mungkin akan hadir dengan rekaan skrin tanpa takuk dan akan menawarkan rekaan skrin yang menyeluruh. Ia turut dilihat akan hadir dengan pengimbas cap jari dalam skrin dan kamera swafoto dan sensor yang terbina bawah skrin. Menariknya, kamera swafoto ini dilihat mempunyai rekaan seakan skrin berlubang – tetapi ia boleh disembunyikan dan akan kelihatan hampir lutsinar mengikut kehendak pengguna. Ini adalah mirip dengan paten Samsung sebelum ini.

Tidak pasti bila Essential akan hadir dengan PH-2, tetapi menurut laporan ia mungkin akan hadir sekitar tahun ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2GrvJqS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.