LG V50 Tertiris – Memperlihatkan Tri-Kamera Belakang, Sokongan 5G, Skrin Bertakuk
LG sedia menjadualkan untuk pengenalan peranti baru mereka pada 24 Februari ini bersempena MWC 2019. Kini, selari dengannya, @evleaks hari ini berkongsi gambar baru memperlihatkan rekaan peranti LG V50.
LG V50 dilihat akan menawarkan sokongan rangkaian 5G bersama-sama dengannya. Jikalau mengikut apa yang dikongsikan pihak LG sebelum ini, ia akan menyertakan bateri berkapasiti 4000mAh bersama-sama dengannya.
Selain daripada itu, melalui gambar tertiris ini juga, ia memperlihatkan rekaan bertakuk dihadapan, penyertaan pengimbas cap jari dibelakang, selain sokongan tri-kamera dibelakang. LG masih mengekalkan penggunaan jenama ThinQ pada telefon pintar ini – menandakan integrasi kecerdasan buatan bersama-sama dengannya.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 24 Februari ini untuk mendengar lanjut mengenai telefon pintar terbaru daripada LG ini.
LG V50 ThinQ for Sprint 5G pic.twitter.com/TNLQsYPgPS
— Evan Blass (@evleaks) February 16, 2019
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2STE11f
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment