Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sistem Nyahkunci Wajah Huawei Mate 20 Pro Dikemaskini Untuk Menyokong Dua Wajah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sistem Nyahkunci Wajah Huawei Mate 20 Pro Dikemaskini Untuk Menyokong Dua Wajah

Huawei Mate 2o Pro adalah sebahagian kecil peranti di pasaran dengan sistem imbasan wajah 3D yang boleh digunakan untuk menyahkunci peranti. Ketika dilancarkan hanya satu wajah boleh disimpan ke dalam sistem sekuriti ini. Di China kemas kini telah diberikan bagi membolehkan dua wajah direkodkan ke dalam sistem.

Kemas kini diberikan pada 13 Februari lalu. Dengan ini peranti boleh dinyahkunci oleh pemilik dan individu kedua seperti pasangan mereka. Selain itu sistem imbasan wajah turut boleh digunakan untuk mengunci aplikasi tertentu. Ini dapat mengelakkan kandungan peribadi seperti emel dan WhatsApp dari dibaca tanpa kebenaran.

Selain itu terdapat juga sistem menyorokkan kandungan tertentu seperti gambar dilihat tanpa wajah diimbas terlebih dahulu. Dengan ini gambar yang lebih peribadi tidak akan dapat dilihat walaupun peranti telah dinyahkunci.

Kemas kini ini hanya diberikan kepada Mate 20 Pro di China sahaja buat masa ini. Dengan sistem ini, Mate 20 Pro mempunyai kemampuan yang sama seperti iPhone X, XS, XS Max dan XR yang turut membenarkan dua wajah menyahkunci peranti menerusi Face ID.

Sumber Huawei menerusi XDA Developers



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2V53mmp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.