Perbezaan Jenis Dan Kegunaan Olive Oil Di Pasaran Yang Anda Perlu Tahu
Sukar sebenarnya membuat keputusan setiap kali nak beli olive oil di pasaraya. Mana tidaknya, bila nampak sahaja pelbagai jenis dan jenama minyak ini, pasti kita akan keliru yang manakah sesuai dengan tujuan masakan kita. Ada yang mengatakan bahawa semua jenis olive oil ini tidak sesuai digunakan dalam masakan panas dan ada juga yang mengatakan ianya sesuai. Jadi untuk anda yang masih keliru, mungkin perkongsian ini dapat membantu.
PERBEZAAN JENIS OLIVE OIL
“Kakmie, boleh ke masak guna olive oli? Jawapan kakmie: Ada yang boleh dan ada yang tak digalakkan.
Aiikk.. macam mana tu? Ok. Sebenarnya gini. Minyak zaitun(olive oil) ni banyak jenis dan kategorinya. Ada jenis yang boleh kita masak / menumis / menggoreng dan ada yang tak digalakkan. *Kakmie fokus jenis ya bukan jenama tau(kalau jenama ada macam-macam di pasaran..huhu) Mengikut apa yang kakmie tahu info. *melalui bacaan dan rujukan google.
Minyak zaitun ni ada (5) jenis atau mungkin lebih.
- Extra Virgin Olive Oil
- Virgin Olive Oil
- Pure Olive Oil
- Extra Light/Light Olive Oil
- Olive Pomoce Oil
Cuma bagi kita, malah kakmie sendiri.. [email protected] tiga jenis saja yang biasa kita tahu dan selalu disebut-sebut. Betul tak? Ok. Mana boleh buat masak,mana tidak digalakkan? Jom kita tengok.
1. EXTRA VIRGIN OLIVE OIL
Biasa sangat kita dengar bila kita nak amalkan diet. Betul tak? Ok, kenapa namanya Extra Virgin Olive Oil? Sebab ia dihasilkan melalui proses perahan ‘Cold Press’ yang pertama. Ia tidak mengalami proses pemanasan dan tidak ada campuran sebarang bahan kimia.
- kadar asid 0.5%-0.8%
- Tinggi oksida dan banyak nutrien/khasiat vitamin dan mineral
- warna kehijaun/rasa agak pahit/bau agak kuat
TIDAK DIGALAKKAN UNTUK MEMASAK (HABA)
Extra Virgin Olive Oil – ‘smoke point’ : 160 darjah celcius. Sebab khasiatnya akan terjejas jika ada pemanasan melebihi ‘smoke point’ malah boleh menyebabkan(redikal bebas/lebihan lemak dalam darah/kolestrol/hipertrigliseidemia
- sesuai dicampur dalam sos dressing salad/pasta/pengganti kepada butter sapu kat roti dan sebagainya
- atau dicampur dalam makanan yang dah siap dimasak
- *contoh: rujuk gambar kakmie sertakan
2. VIRGIN OLIVE OIL
- minyak zaitun yang dihasilkan daripada proses perahan kedua
- masih asli cuma kadar asid 1- 4%
- warna kuning kehijauan
TIDAK DIGALAKKAN UNTUK MEMASAK (HABA)
Virgin Olive Oil – ‘smoke point’: 199 darjah celcius. Sebab khasiatnya akan terjejas jika melebihi ‘smoke point’ malah boleh menyebabkan redikal bebas/lebihan lemak dalam darah/kolestrol/hipertrigliseidemia
- sesuai dicampur dalam sos dressing salad/pasta/pengganti kepada butter sapu kat roti dan sebagainya
- atau dicampur dalam makanan yang dah siap dimasak *contoh : rujuk gambar kakmie sertakan
3. PURE OLIVE
4. EXTRA LIGHT/LIGHT OLIVE OIL
*dua jenis di atas melalui proses yang sama cuma komposisinya campuran je berbeza.
- campuran refined olive oil dan virgin olive oil
- terlibat dengan beberapa proses penyulingan/penapisan
- Refined olive oil adalah minyak zaitun yang sudah diproses dengan menambah bahan kimia untuk menambahbaik kualiti dan nutrien. Bahan kimia akan menutralkan rasanya yang kuat dan menurunkan kadar asid yang tinggi.Kemudian ditambah sedikit virgin olive oil untuk kembalikan rasa olive oil yang hilang akibat penambahan bahan kimia tadi.
- kadar asid melebihi 4%, warna kekuningan/kuning pucat
BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENUMIS/MENGGORENG/MEMANGGANG tapi suhu kena kawal
Extra/Light Olive Oil – ‘smoke point’ 237-242 darjah celcius. Jika suhu terlalu tinggi akan mencapai ‘smoke point’ dan akan mengurangkan/merosakkan kualiti/nutrien *contoh rujuk gambar kakmie sertakan
5. OLIVE POMACE OIL
- gred minyak zaitun paling rendah
- sisa proses pengekstrakan Pure Olive Oil
- telah melalui beberapa proses penapisan
- dicampur dengan pelbagai variasi virgin olive oil untuk memberi rasa minyak zaitun
BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MEMASAK/MENGGORENG/MEMANGGANG tapi suhu kena kawal
Olive Pomace Oil – ‘smoke point’ 238 darjah celcius jika suhu terlalu tinggi akan mencapai ‘smoke point’ dan akan mengurangkan/merosakkan kualiti/vitamin. Sama kategori dengan minyak jagung/canola/minyak sayuran/dan seeds oil lain yang diproses. *contoh rujuk gambar kakmie sertakan
RUMUSAN
Sebenarnya,setiap minyak ada suhu tersendiri yang mana kualitinya/nutrien akan merosot/berubah/hilang apabila dipanaskan dengan suhu yang melebihi tahap/paras ‘smoke point’(Kakmie fokus untuk olive oil dulu ye)
Harus diingat jugak, MENGGORENG (deep fry) menggunakan Olive Oil (TIDAK AKAN) membuatkan makanan kita lebih sihat berbanding minyak lain.
Jika nak menggoreng BOLEH, tapi kena guna SUHU RENDAH/KUANTITI SEDIKIT/ MASA SINGKAT (tak boleh terendam lama) dan tentunya ia tidak garing dan tekstur makanan akan berminyak sedikit.
Sama jugak untuk yang menggunakan air fryer, boleh guna olive oil tapi jenis seperti yang kakmie nyatakan di atas dan pastikan SUHU SESUAI supaya tidak melebihi ‘smoke point’ jenis minyak tersebut.
Sebenarnya, kat setiap botol jenis Olive Oil dah ada dinyatakan CARA PENGAMBILAN(masakan) YANG SESUAI. Cuma kadang-kadang kita terlepas pandang. (Rujuk gambar kakmie bagi beberapa contoh yang kakmie ambik kat pasaraya tempat kakmie)
Harapan kakmie semoga info pasal Olive Oil ni bermanfaat untuk kita semua ya.
Sumber : Salmy Saznira
Free IPTV @5tr0kk +500 Channel
✍ Sumber Pautan : ☕ Oh! Semput
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2Ed707V
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment