MENJAWAB FITNAH SUBKY LATIF KONONNYA NABI IBRAHIM BERBOHONG
Perkara utama yang perlu disedari bahawa para Nabi tidak pernah melakukan tindakan terkeji sehingga mencacatkan status kenabian sebagai penyampai risalah dan wahyu. Maka dengan sebab itu, ciri-ciri Nabi yang disepakati ulama adalah Siddiq (benar), Amanah, tabligh (menyampaikan) dan Fatanah (kebijaksanaan).
Berbohong merupakan sifat-sifat tercela. Justeru, mustahil para Nabi mempunyai sifat tercela. Apatah lagi, sifat tercela itu menjadikan risalah kenabian akan diragui oleh manusia. Dengan sebab itu, menuduh para Nabi berbohong adalah cara untuk menyebarkan keraguan manusia terhadap risalah yang disampaikan oleh para nabi.
Dalam al-Quran terdapat ayat yang menyatakan laknat terhadap orang yang berbohong. Antaranya – firman Allah dalam surah ali-Imram, ayat 61: “Laknat Allah terhadap orang-orang yang berbohong”, Surah al-Ghafir, ayat 28: “Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang melampaui batas lagi pembohong”.
Dalam hadis pula, ada menyatakan bahawa pembohongan membawa kepada kejahatan. Sesungguhnya kejahatan itu membawa kepada neraka. Sesungguhnya seorang lelaki yang berbohong pasti akan tercatat sebagai pembohong (al-Bukhari, hadis no : 6094)
وَإِنَّ الكَذِبَ يَهْدِي إِلَى الفُجُورِ، وَإِنَّ الفُجُورَ يَهْدِي إِلَى النَّارِ، وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَكْذِبُحَتَّى يُكْتَبَ عِنْدَ اللَّهِ كَذَّابًا
Dalam hadis lain juga ada menyatakan bahawa antara ciri-ciri orang munafiq adalah berbohong. (Muslim, hadis no : 59)
آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ: إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
Dari ini amat jelas bahawa amalan berbohong – bukan sekadar al-Quran dan hadis menyatakan ia sebagai amalan terlaknat, malahan ia adalah amalan yang boleh membawa kepada kejahatan – boleh membawa ke neraka. Dengan sebab itu, amat mustahil ia wujud pada diri para Nabi – termasuk Nabi Ibrahim AS. Mendakwa Nabi Ibrahim berbohong, sama seperti mengatakan Nabi Ibrahim melakukan kejahatan, melakukan amalan membawa ke neraka, melakukan amalan munafiq dan sebagainya; semua ini adalah mustahil bagi sifat bagi para Nabi.
Apatah lagi, dalam al-Quran ada ayat yang secara terang-terangan mengatakan Nabi Ibrahim adalah seorang Nabi yang sangat benar. (Surah Maryam, ayat 41)
وَاذْكُرْ فِي الْكِتَابِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّهُ كَانَ صِدِّيقًا نَبِيًّا
FAHAMI HADIS DENGAN BETUL
Pada zaman dahulu, kalangan khawarij sudah berkali-kali berhujah dengan hadis dengan pendekatan yang salah. Antara contohnya, hadis bahawa Nabi saw ada berkata, “barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka jangan dia sakiti jiran tetangganya. Barangsiapa beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia memuliakan tetamunya” (al-Bukhari, hadis no : 6018)
مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلاَ يُؤْذِ جَارَهُ، وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَاليَوْمِالآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ
Memandangkan Khawarij adalah kalangan takfiri – iaitu menghukum kafir kepada kalangan yang berbeza dengan mereka, menyebabkan mereka menafsirkan hadis nabi tanpa mengikut metode dan manhaj yang betul.
Maka dengan itu, dari hadis ini mereka terus simpulkan bahawa:
a. Tidak hormat tetamu dan menyakiti jiran adalah amalan dosa besar.
b. Pelakukan dosa besar adalah kafir, kerana hadis ini menyatakan “barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat”, bermakna kalau tidak hormat tetamu dan sakiti jiran (dosa besar) adalah tidak beriman dengan Allah dan hari akhirat (kufur).
Kesalahan ini bukan pada hadis, tp pada cara pemahaman Khawarij terhadap hadis. Kesalahan disebabkan mereka literalis dalam memahami hadis tanpa menggunakan metode yang betul.
Demikian juga dalam hadis yang berkaitan dengan didakwa berbohong yang dilibatkan kepada Nabi Ibrahim. Cara pemahaman yang salah melahirkan fitnah terhadap individu Nabi Ibrahim. Ini sudah pasti bercanggah dengan prinsip dalam ajaran ahl al-Sunnah wa al-Jamaah.
HELAH DAN SINDIRAN
Berbohong boleh dimaknakan sebagai usaha memperdayakan agar si pendengar tidak mengetahui hakikat sesuatu perkara. Dengan sebab itu, helah dan sindiran tidak boleh dikatakan sebagai bohong. Ini kerana, helah (Arab : Hiyal) adalah perlakuan yang tepat dengan hakikatnya yang sebenar, sedangkan sindiran (arab : Ta’ridh) pula, maklumat tersebut sudah berada dalam pengetahuan si pendengar.
Maka dengan sebab itu, tindakan Nabi Ibrahim yang berkata kepada Namrud bahawa segala patung-patung yang runtuh itu dilakukan oleh patung yang besar, tidak boleh dikatakan Nabi Ibrahim berbohong, tetapi boleh dikatakan sebagai menyindir. Ini kerana, patung-patung itu tidak dapat berbuat apa-apa itu sudah dimaklumi kelemahannya. (tafsir Jalalain, hlmn 426)
وَفِيمَا قَبْله تَعْرِيض لَهُمْ بِأَنَّ الصَّنَم الْمَعْلُوم عَجْزه عَنْ الْفِعْل لَا يَكُون إلَهًا
Helah (arab : Hiyal) pula, seperti Nabi Ibrahim nak elak dari isteri baginda, Siti Sarah yang cantik dari direbut dari raja yang zalim; atau andai raja itu tahu bahawa itu adalah isteri Ibrahim, sudah pasti Ibrahim akan dibunuh, makanya Ibrahim pun mengajar cara untuk nak berhelah; iaitu dengan mengajar kepada siti Sarah – andai ada yang bertanya kepada siti sarah, siapa dia, maka hendaklah siti sarah beritahu bahawa dia adalah saudari Nabi Ibrahim. Dalam hadis terbabit, terang-terang dinyatakan bahawa itu bukan bohong, tetapi helah, kerana Ibrahim berkata bahawa Siti Sarah memang saudarinya – kerana dia adalah saudarinya seagama (islam) dan baginda juga berkata bahawa baginda tidak tahu atas bumi ini yang beragama islam selain mereka berdua sahaja. (Muslim, hadis no : 2371)
فَإِنَّهُ قَدِمَ أَرْضَ جَبَّارٍ وَمَعَهُ سَارَةُ، وَكَانَتْ أَحْسَنَ النَّاسِ، فَقَالَ لَهَا: إِنَّ هَذَاالْجَبَّارَ، إِنْ يَعْلَمْ أَنَّكِ امْرَأَتِي يَغْلِبْنِي عَلَيْكِ، فَإِنْ سَأَلَكِ فَأَخْبِرِيهِ أَنَّكِ أُخْتِي، فَإِنَّكِأُخْتِي فِي الْإِسْلَامِ، فَإِنِّي لَا أَعْلَمُ فِي الْأَرْضِ مُسْلِمًا غَيْرِي وَغَيْرَكِ
Justeru, dari hadis ini dijadikan hujah untuk mengatakan bahawa Nabi Ibrahim berbohong, sudah pasti bukan semata-mata memfitnah Nabi, malah kelihatan seperti mahu meragu-ragukan manusia terhadap kenabian Nabi Ibrahim.
PENUTUP
Nik Abduh ambil “dedak” UMNO. Itu cerita sebenarnya. Memandangkan sebelum ini Nik Abduh nak elak dari ketahui oleh ahli PAS dan rakyat Malaysia, maka dia berbohong. Bermakna, Nik Abduh berbohong sebab makan duit UMNO.
Dalam kes Nabi Ibrahim, baginda tidak pernah makan “dedak” Namrud. Justeru, mengagamakan pembohongan Nik Abduh dengan menggunakan hujah Nabi Ibrahim adalah satu kejahatan yang tidak boleh dimaafkan.
WAN JI WAN HUSSIN
– http://bit.ly/HB7gd4
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2GwGCZ7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment