Hi! Welcome Back and Stay Tune! Acer Predator Triton 500 Dengan Kemaskini CPU Intel Generasi Kesembilan Kini Di Pasaran Tempatan – Harga Bermula Dari RM6999 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Acer Predator Triton 500 Dengan Kemaskini CPU Intel Generasi Kesembilan Kini Di Pasaran Tempatan – Harga Bermula Dari RM6999

Acer Malaysia telah memperkenalkan siri komputer riba terbaru mereka, Acer Predator Triton 500 yang dilengkapi dengan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX tidak lama dahulu.

Hari ini, nampaknya mereka telah mengemaskini siri laptop tersebut dengan penawaran siri CPU Intel generasi kesembilan, yang terdiri daripada siri CPU Intel Core i5-9300H dan juga Intel Core i7-9750H.

Dari segi spesifikasi lain, komputer riba gaming Acer Predator Triton 500 ini masih lagi hadir dengan paparan hampir nirbingkai 15.6 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 144Hz, memori DDR4 sebanyak 16GB, Triton 500 ini juga masih lagi mempunyai storan 512GB yang menggunakan konfigurasi RAID 0 dengan menggabungkan dua storan SSD NVMe 256GB.

Pilihan kad grafik komputer riba ini masih hadir melalui NVIDIA GeForce RTX 2060 6GB GDDR6 dan NVIDIA GeForce RTX 2070 Max-Q 8GB bergantung kepada model yang dipilih.

Komputer riba Acer Predator Triton 500 yang dikemaskini ini hadir melalui tiga model, dan hadir pada tanda-tanda harga berikut:

  • Acer Predator Triton 500 (Intel Core i5-9300H, NVIDIA RTX 2060) – RM6999
  • Acer Predator Triton 500 (Intel Core i5-9750H, NVIDIA RTX 2060) – RM7599
  • Acer Predator Triton 500 (Intel Core i5-9750H, NVIDIA RTX 2070) – RM8699


✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2GETUQT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.