Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tenaga Nasional Sedang Memikirkan Untuk Mengembangkan Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tenaga Nasional Sedang Memikirkan Untuk Mengembangkan Perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi

Pada penghujung tahun lepas, Tenaga Nasional dilihat menguji sambungan internet berkelajuan tinggi di Jasin, Melaka yang memperlihatkan kelajuan sepantas 900Mbps.

Ujian sambungan internet tersebut dikatakan cukup berjaya, dan Tenaga Nasional dikatakan sedang mempertimbangkan untuk memasuki arena pembekal sambungan internet (ISP) untuk memenuhi permintaan di kawasan-kawasan dimana sambungan internet berkelajuan tinggi (HSBB) tidak boleh diberi oleh ISP yang lain.

Pengerusi TNB, Tan Sri Leo Moggie berkata “Kami cukup bersedia untuk mengambil bahagian pada tahap tertentu dalam bidang-bidang yang terpilih bagi inisiatif kesalinghubungan untuk kelajuan jalur lebar. Akan tetapi, jika kami ingin menceburi bidang-bidang yang serupa itu (Jasin), kami perlu berbincang dengan kerajaan.”

Beliau juga berkata walaupun ujian perintis tersebut boleh dikatakan berjaya, dan TNB boleh dikatakan bersedia untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar secara besar-besaran, mereka masih perlu melakukan penyelidikan pasaran untuk memastikan bahawa usaha mereka berbaloi untuk syarikat tersebut.

Perniagaan pembekalan sambungan internet ini juga memerlukan kepakaran khusus untuk memastikan bahawa perkhidmatan mereka sentiasa bagus, dan ini akan memakan belanja yang agak banyak.

Dalam pada itu, Tan Sri Leo Moggie juga mengatakan bahawa TNB mempunyai pelan untuk membangunkan ibu pejabat baru yang seakan-akan sebuah kampus, lengkap dengan taman hijau didalamnya, dan juga pengiktirafan sijil bangunan hijau. Ia dijangka siap pada bulan Mei 2021.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2V0b45u

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.