Hi! Welcome Back and Stay Tune! GoDaddy Menurunkan 15000 Subdomain Yang Digunakan Untuk Penipuan Atas Talian, Menukar Kata Laluan Pelanggan Yang Terkesan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

GoDaddy Menurunkan 15000 Subdomain Yang Digunakan Untuk Penipuan Atas Talian, Menukar Kata Laluan Pelanggan Yang Terkesan

GoDaddy ialah sebuah syarikat perkhidmatan pembekalan nama domain laman web, dan baru-baru ini mereka dikatakan telah menutup sejumlah besar alamat laman web yang dikatakan telah digunakan untuk menipu ramai orang di atas talian.

Menurut pelbagai laporan, GoDaddy telah menutup sejumlah 15000 subdomain yang menggunakan alamat laman web yang sah dan telah menetapkan semula kata laluan beratus akaun-akaun pelanggan yang telah digodam untuk tujuan mencipta subdomain-subdomain tersebut.

Subdomain yang dicipta melalui laman web yang sah ini digunakan untuk menipu mereka yang melayari laman web dengan cara menjual produk-produk palsu yang dikatakan telah menerima sokongan pelbagai selebriti terkenal.

Isu ini pada mulanya ditemui oleh seorang penyelidik daripada syarikat Palo Alto Networks yang bernama Jeff White dua tahun yang lalu, dan sejak itu, telah menjejak penggodam-penggodam ini untuk mengumpul lagi maklumat tentang mereka.

Pada awal tahun ini, Jeff dikatakan telah berkongsi semua maklumat yang telah dikumpulkan, dan GoDaddy telahpun memberitahu semua pelanggan yang terkesan dengan isu tersebut, dan telah menukar kata laluan akaun-akaun yang terkesan tersebut.

GoDaddy menganggarkan jumlah pelawat pada laman-laman web tipu ini pada angka berjuta-juta, dan kini sedang mengesan jika penggodam-penggodam tersebut telah meninggalkan sebarang perisian hasad pada akaun-akaun ini untuk memastikan bahawa mereka benar-benar selamat.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2PCiPIR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.