Amazon Ingin Melancarkan Ribuan Satelit Untuk Menawarkan Internet Global Berkelajuan Tinggi
Amazon hari ini mengesahkan pembangunan Project Kuiper, dimana melaluinya, Amazon ingin menghantar sekitar 3236 satelit ke ruang udara, dan menawarkan rangkaian akses internet global melaluinya.
Amazon menyasarkan menawarkan akses internet berkelajuan tinggi ini ke pelbagai kawasan dan komuniti dikawasan pedalaman. Amazon menyasarkan ia meliputi 95% kawasan berpenduduk di Bumi.
Buat masa ini, Amazon masih tidak mengumumkan latar masa pengenalan, dan kos yang terlibat untuknya. Dengan perancangan menawarkan akses internet global, dan melibatkan pelancaran ribuan satelit ini, ia merupakan projek jangka masa panjang, yang mungkin mengambil masa bertahun lamanya.
Selain Amazon, beberapa syarikat lain turut sedang melihat kepada penawaran internet melalui pancaran dari satelit, termasuk pihak SKMM melihat langkah sama untuk beberapa kawasan di Malaysia.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2uNtzec
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment