Hi! Welcome Back and Stay Tune! Foxconn Mengalih Fokus Kepada Kenderaan Elektrik – Ratusan Pekerja Dipindahkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Foxconn Mengalih Fokus Kepada Kenderaan Elektrik – Ratusan Pekerja Dipindahkan

Nama Foxconn pasti dikenali ramai. Ia adalah kilang yang bertanggungjawab dalam penghasilan telefon pintar dari Google, Nokia, Lenovo, Xiaomi dan banyak lagi. Syarikat yang bertanggungjawab dalam hal-hal telefon pintar adalah FIH Mobile, yang mana Foxconn mempunyai pegangan sebanyak 62%.

Terkini FIH Mobile melaporkan mereka tidak lagi akan fokus sepenuhnya pada telefon pintar, tetapi akan mengalih fokus kepada kenderaan elektrik pula. Ratusan jurutera dan pekerja-pekerja lain dari bahagian pembangunan telefon pintar Android telah pun dipindahkan ke sektor kenderaan elektrik yang baru sahaja dibuka. Keputusan ini dibuat kerana, permintaan untuk penghasilan telefon pintar telah berkurangan, manakala penghasilan kenderaan elektrik mempunyai permintaan yang tinggi.

Selain itu, tahun-tahun yang lalu satu pasukan akan menguruskan lebih dari dua jenama telefon pintar – kini dua hingga tiga pasukan perlu menguruskan satu jenama. Jadi, ia menjejaskan prestasi mereka serta tidak membawa keuntungan. Menurut sumber, Google adalah antara klien yang membawa keuntungan, HMD Global (Nokia) pula menyebabkan kerugian dan jenama-jenama China yang lain pula kerap membuat pembayaran yang lewat sekali gus menyebabkan kerugian.

Tahun lepas, Foxcon menjana keuntungan sebanyak 90% dari penghasilan telefon pintar Android, tetapi turut mengalami kerugian sebanyak $857 Juta.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2uIT2Fw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.