Snapchat Memperkenalkan Platform Permainan Mereka – Snap Games
Beberapa laporan sebelum ini telah memperkenalkan Snap bakal hadir dengan platform permainan mereka tersendiri. Hari ini, perkara berkenaan disahkan melalui pelancaran Snap Games oleh pembangun aplikasi Snapchat berkenaan.
Melalui Snap Games, ia membolehkan para pengguna untuk bermain secara masa-nyata bersama rakan-rakan anda yang lain, dan bersaing dalam mendapatkan markah paling tinggi. Bermula hari ini, sejumlah enam permainan telah diperkenalkan dibawah Snap Games – yang mana akan hadir ke aplikasi Snapchat di Android dan iOS seluruh dunia.
Buat masa ini, beberapa pembangun telah menyatakan sokongan untuk platform Snap Games ini, termasuk pihak Zynga dan juga ZeptoLabs. Melalui Snap Games, pengguna tidak perlu membuat muat-turun tambahan, sebaliknya boleh memilih permainan yang diinginkan, dan memainkannya terus pada aplikasi mereka.
Antara permainan yang ditawarkan bermula hari ini adalah Aphabear Hustle (permainan berbentuk tekaria), Crash Arena Turbo Stars (permainan perlumbaan), Snake Squad (variasi permainan Snake popular), Tiny Royale (permainan berbentuk Battle Royale) dan juga Zombie Rescue Squad (permainan tembak-menembak).
Snap mengatakan mereka akan membolehkan penerbit permainan menjana pendapatan melalui paparan iklan pada permainan mereka – sementara pemain pula boleh mendapatkan beberapa penawaran tambahan dengan menonton paparan iklan padanya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2OP6TTP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment