Hi! Welcome Back and Stay Tune! Butiran Laptop MSI Meniriskan Kewujudan CPU Intel Core i7-9750H Dan Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1650 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Butiran Laptop MSI Meniriskan Kewujudan CPU Intel Core i7-9750H Dan Kad Grafik NVIDIA GeForce GTX 1650

Pihak NVIDIA mungkin telah memperkenalkan siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX pada awal tahun ini, dan beberapa model laptop dengan spesifikasi yang sangat berkuasa sudahpun tiba di pasaran tempatan.

Akan tetapi, bagi mereka yang masih menunggu untuk sebuah laptop gaming yang mempunyai harga lebih mampu milik mungkin tidak perlu tunggu terlalu lama, kerana melalui beberapa slaid pemasaran yang tertiris di arena Internet, sekurang-kurangnya dua komponen baru akan tiba tidak lama lagi.

Pengguna Twitter @momomo_us telah menunjukkan beberapa slaid pemasaran yang tertiris oleh MSI, dan nampaknya mereka sedang bersedia untuk melancarkan laptop yang hadir dengan siri CPU dan juga kad grafik baru.

Melalui slaid-slaid tersebut, MSI bakal melancarkan sebuah laptop gaming dengan dua pilihan CPU Intel mudah-alih generasi kesembilan dibawah keluarga Comet Lake, iaitu Intel Core i5-9300H dan Intel Core i7-9750H.

Tidak banyak yang diperkatakan mengenai kedua-dua CPU ini, akan tetapi salah satu daripada slaid tersebut turut menunjukkan bahawa Intel Core i7-9750H mempunyai prestasi 20-30 peratus lebih pantas berbanding dengan Intel Core i7-8750H.

Sebuah lagi slaid menunjukkan kewujudan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1650, iaitu kad grafik kelas mampu milik yang diura-urakan akan hadir tidak lama lagi. Sebuah lagi slaid menunjukkan bahawa kad grafik ini hadir dengan memori GDDR5 4GB, kelajuan GPU 1395MHz dan mempunyai prestasi yang jauh lebih baik berbanding dengan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1050/Ti.

Sayangnya, slaid-slaid tersebut tidak memberitahu bilakah laptop terbaru MSI ini, MSI GL63 akan dilancarkan, tetapi ia mungkin boleh dilihat sewaktu acara COMPUTEX Taipei kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2OSNX6P

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.