Hi! Welcome Back and Stay Tune! Snapchat Stories Kit Membolehkan Aplikasi Lain Mengintegrasi Ciri-Ciri Snapchat Dengan Mudah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Snapchat Stories Kit Membolehkan Aplikasi Lain Mengintegrasi Ciri-Ciri Snapchat Dengan Mudah

Snapchat ialah sebuah platform perkongsian gambar dan video yang hadir dengan banyak ciri-ciri menarik, tetapi sayangnya telah dibayangi oleh ciri-ciri yang serupa oleh Facebook, yang baru-baru ini telah mengumumkan bahawa mereka mempunyai 1 bilion perkongsian melalui ciri Stories pada pelbagai platform mereka.

Di acara Snap Partner Summit, selain daripada memperkenalkan platform permainan Snap Games, syarikat tersebut juga mengumumkan kehadiran Snapchat Stories Kit, sebuah platform pembangun yang membolehkan pengguna untuk berkongsi video Snapchat Stories mereka kepada platform-platform lain.

Apabila ditanya mengenai mekanisma perkongsiannya, pengguna masih akan perlu menggunakan aplikasi Snapchat untuk mengambil gambar/video dan mengolahnya, tetapi video-video ini boleh dikongsi kepada platform-platform lain dengan menekan satu butang sahaja.

Tiada tarikh khusus yang diberi mengenai ciri Snapchat Stories Kit ini, tetapi menurut mereka, para pembangun platform boleh menggunakannya dalam beberapa bulan lagi, dan jika mereka berminat untuk menggunakannya, pendaftaran berminat boleh dilakukan di laman web Snap Kit.

Buat masa ini, Snapchat mengatakan bahawa sudah terdapat dua platform yang akan hadir dengan implementasi ciri Snapchat ini, iaitu Tinder dan juga Houseparty.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2UqPR4r

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.