Hi! Welcome Back and Stay Tune! Flipgrid – Platform Pembelajaran Sosial di Dalam Kelas Menggunakan Video Dari Microsoft - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Flipgrid – Platform Pembelajaran Sosial di Dalam Kelas Menggunakan Video Dari Microsoft

Flipgrid, aplikasi platform sosial terkini daripada Microsoft yang membolehkan pelajar memberikan respon dalam bentuk video kepada perbincangan mengenai topik yang ditentukan oleh guru di dalam kelas.

Semua pelajar berpeluang memberikan jawapan dalam bentuk video dan senarai jawapan akan terhasil dalam satu bentuk grid diskusi. Ini membolehkan lebih banyak pendapat di bincangkan dan pelajar yang ‘malu-malu kucing’ dalam kelas juga akan lebih berani memberikan pendapat mereka.

Microsoft telah membeli Flipgrid daripada sebuah syarikat startup pada tahun 2018 dan menyenaraikan produk ini bersama sama dengan produk pendidikan yang lain seperti One Note, Sway, dan Office. Langkah ini adalah salah satu transformasi pendidikan yang ingin dibawa Microsoft dalam memenangi hati pengguna-pengguna mereka pada masa yang sama dapat bersaing dengan Google dan Apple.

Flipgrid ditawarkan secara percuma kepada sekolah yang telah melanggan pakej Microsoft Education dan kini mempunyai lebih 20 juta pengguna seluruh dunia. Aplikasi yang diasaskan oleh Professor Charles Miller dari University of Minnesota Learning Technologies telah membantu ramai pelajar untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan menyampaikan pendapat dengan lebih berkesan di dalam kelas.

Menurut Ketua Perolehan dan Perkembangan Pengguna Flipgrid, Joey Taralson, aplikasi ini telah menyelesaikan masalah utama komunikasi di dalam kelas iaitu guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk meminta kesemua pelajar menjawab atau memberikan pendapat tentang sesuatu topik. Malah kebiasaannya, hanya seorang dua sahaja yang memberikan respon pada satu satu masa dan kebanyakannya ialah pelajar yang sama.

Dengan Flipgrid, masalah ini dapat diselesaikan dengan baik dan meningkatkan keterlibatan dengan rakan-rakan di dalam kelas dan di seluruh dunia. Selain daripada fungsi muat turun video, pelajar juga boleh menghantar pelekat digital, lukisan dan boleh berkongsi dengan semua pengguna Flipgrid di seluruh dunia.

Oleh kerana aplikasi ini menggunakan peranti, jadi sekolah yang tidak membenarkan pelajar membawa peranti tidak dapat menggunakan platform ini di dalam kelas tetapi boleh digunakan di rumah dengan bantuan ibu bapa. Flipgrid juga boleh digunakan di tadika dan universiti. Fungsi dan penggunaan Flipgrid telah dipamerkan di program Microsoft E2 Paris baru baru ini dan telah memberikan inspirasi kepada guru-guru di seluruh dunia yang hadir.

Layari: Flipgrid



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2YVadSc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.