Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Mengesahkan Pengodam Mencuri Wasikah Khidmat Pelanggan Untuk Mengakses Akaun Emel Berasaskan Web - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Mengesahkan Pengodam Mencuri Wasikah Khidmat Pelanggan Untuk Mengakses Akaun Emel Berasaskan Web

Microsoft mempunyai penawaran perkhidmatan emel berasaskan web di Outlook.com yang menawarkan akhiran alamat emel seperti @outlook.com, @msn.com dan juga @hotmail.com. Terkini, Microsoft mengatakan mereka mendapati aktiviti yang meragukan pada perkhidmatan berkenaan, dan mengesahkan yang mana terdapat pengodam yang mengakses sejumlah akaun emel berasaskan web berkenaan.

Microsoft mengatakan ia berlaku antara 1 Januari ke 28 mac yang lepas, dimana pengodam mengaksesnya melalui wasikah (credential) khidmat pelanggan yang berjaya didapati oleh pengodam berkenaan.

Walaubagaimanapun, Microsoft mengatakan pengodam berkenaan hanya dapat melihat alamat emel, dan tajuk emel berkenaan. Tiada kandungan yang berjaya diakses, termasuk tiada sebarang kata laluan dan nama pengguna yang tertiris.

Pihak Microsoft telah pun mula menghantar notifikasi kepada pengguna yang terkesan dengan godaman ini. Microsoft turut mengalakkan pengguna yang terkesan untuk mengubah kata laluan mereka.

Untuk mengelak hal ini berlaku lagi, pihak Microsoft telah mengukuhkan lagi proses dan sistem mereka, sekaligus berharap agar ia tidak berlaku lagi.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2XcKjYl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.