Hi! Welcome Back and Stay Tune! IDC – Pengeluaran Telefon Pintar Huawei Meningkat 50% Manakala Apple Merosot 30% Pada Suku Pertama 2019 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

IDC – Pengeluaran Telefon Pintar Huawei Meningkat 50% Manakala Apple Merosot 30% Pada Suku Pertama 2019

Pihak IDC telah mengeluarkan angka anggaran pengeluaran telefon pintar pada suku pertama 2019. Huawei mengukuhkan sasaran mereka untuk menjadi pengeluar telefon pintar nombor satu dunia dengan menghasilkan 59.1 juta peranti. Ini adalah peningkatan sebanyak 50.3% berbanding suku yang sama tahun 2018. Samsung masih lagi kekal di tangga teratas dengan 71.9 juta peranti tetapi ini adalah penyusutan sebanyak -8.1% berbanding suku yang sama tahun lalu.

Apple kini di tangga ketiga dengan 36.4 juta peranti tetapi ini bersamaan dengan penyusutan mendadak 30.2% peratus. Ini diikuti oleh Xiaomi (25 juta), Vivo (23.2 juta) dan Oppo (23.1 juta). Di kalangan tiga pengeluar ini, hanya Vivo menunjukkan peningkatan sebanyak 24% berbanding tahun lalu.

Faktor harga iPhone yang mahal menyumbang kepada penurunan jualan pada suku ini. Pelbagai skim potongan harga pada iPhone XR di China dan Jepun nampaknya tidak mampu menghalang trend penyusutan jualan yang telahpun dilihat pada suku keempat 2018.

Huawei pula semakin agresif dan strategi mereka jelas menunjukkan hasil. Samsung masih di atas tetapi persoalannya ialah bilakah ia akan dipintas dan bukannya adalah mereka akan dipintas Huawei. DJ Koh, CEO produk pengguna Samsung yakin mereka akan kekal di atas dalam tempoh sedekad akan datang. Richard Yu, CEO peranti pengguna Huawei pula yakin Samsung akan dipintas selewat-lewatnya pada tahun 2020.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2V4qh5y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.