Hi! Welcome Back and Stay Tune! Vive Index Dilancarkan – Peranti Realiti Maya Yang Mampu Mengesan Pergerakan 10 Jari Pengguna - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Vive Index Dilancarkan – Peranti Realiti Maya Yang Mampu Mengesan Pergerakan 10 Jari Pengguna

Rekaan Vive Index tertiris pada bulan lalu di dalam laman Steam. Ia akhirnya dilancarkan semalam sebagai pesaing kepada HTC Vive Pro dengan beberapa fungsi unik yang tidak ditawarkan oleh pesaing. Index dilengkapi dwiskrin LCD dengan resolusi 1440×1600 pixel. Ia menyokong kadar segar semula 120 Hz yang lebih tinggi berbanding hanya 90 Hz pad Vive Pro. Ini dipercayai dapat menyelesaikan masalah mual apabila menggunakan peranti realiti maya dalam tempoh masa yang lama.

Kadar segar semula boleh dipertingkatkan ke 144Hz sekiranya perlu menerusi mod eksperimentasi. Seterusnya ia dilengkapi dua kamera luaran bagi membantu proses mengesan pergerakan 6DOF. Index masih memerlukan dua stesen pangkalan bagi menyokong realiti maya pada skala bilik serta penjejakan yang lebih tepat. Ia juga tidak hadir dengan kit nirwayar dan memerlukan sambungan kabel sepanjang 5 meter.

Keunikan Index terletak pada alat kawalan yang mempunyai 87 sensor yang mengesan tekanan dari genggaman pemain. Ini membolehkan pergerakan setiap jari pemain dijejak dan dipamerkan di dalam dunia maya secara lebih realistik. Terdapat pendakap fabrik yang akan mengelakkan pengawal permainan dari terjatuh apabila genggaman dilepaskan.

Seperkara lagi ialah Index hadir dengan sepasang fon telinga yang menyokong audio 180 darjah. Dua fon telinga ini walau-bagaimanapun tidak menyentuh telinga. Menurut Vive ini memberikan kualiti audio yang lebih imersif ketika sesi permainan.

Valve Index menyokong kesemua permainan realiti maya yang telahpun ditawarkan menerusi Steam VR. Di Amerika Syarikat Index dijual pada harga $500 (~RM 2068) untuk set kepala manakala untuk set lengkap dengan pengawal permainan serta dua stesen pangkalan pula ia dijual pada harga $1000 (~RM 4136).



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2ITT1HV

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.