WhatsApp Akan Menambah Ciri Katalog Produk – Memudahkan Proses Jual-Beli
WhatsApp pada hari ini sedia digunakan ramai dalam urusan jual-beli – termasuk menawarkan khidmat pelanggan, atau memudahkan pengguna terus membeli melaluinya. Kini, dalam terus memudahkan lagi proses berkenaan, selain penawaran WhatsApp Business, pihak Facebook hari ini turut mengumumkan ciri baru, iaitu katalog produk.
Melaluinya, pengguna akaun WhatsApp Business boleh menambah senarai produk mereka, dan memaparkannya dengan kemas pada profil WhatsApp mereka.
Hal ini, sekaligus akan memudahkan pengguna lain untuk merujuk kepada penawaran, dan membeli terus melalui WhatsApp. Facebook turut mengumumkan mereka akan menawarkan sokongan pembayaran terus pada WhatsApp di lebih banyak negara tidak lama lagi.
Dengan penawaran ciri ini, ia sekaligus memudahkan lagi para usahawan kecil dan sederhana – dimana mereka tidak lagi memerlukan sebarang web untuk urusan jual-beli, dan boleh melaksanakannya sepenuhnya menggunakan akaun WhatsApp mereka.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2PAT6AP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment