Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ujian Beta Astro Kini Dibuka Untuk Menguji Antaramuka Baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ujian Beta Astro Kini Dibuka Untuk Menguji Antaramuka Baharu

Astro akan memperkenalkan antaramuka baharu pada aplikasi Astro Go serta kotak TV mereka. Selain rekaan yang lebih mesra pengguna dan kontemporari, ia juga akan menawarkan pengalaman penstriman kandungan yang lebih lancar tanpa sela masa. Pihak Astro hari ini telah membuka program ujian Beta terbuka untuk pelanggan yang ingin mencuba antaramuka baharu lebih awal.

Hanya pelanggan pakej dengan kotak TV yang dilengkapi PVR sahaja dibenarkan mencuba ujian Beta ini. Pada masa yang sama mereka juga perlu mempunyai capaian Internet berkelajuan minima 10 Mbps. Selain mencuba antaramuka baharu, mereka turut akan menerima langganan Astro Super Pack Plus 4 percuma sehingga 30 Jun 2019.

Pada waktu ini ujian berada di tahap Beta V1.1. Pada ujian Beta V1.2 pula, kotak TV kandungan 4K dan juga sistem storan awanan pula akan diperkenalkan. Ini akan membenarkan tontonan kandungan pada resolusi lebih tinggi dan mengakses kandungan yang telah direkod pada pelbagai peranti yang dimiliki pengguna.

Untuk mendaftar kepada ujian Astro Beta Programme anda boleh klik pautan di bawah dan pendaftaran adalah percuma.Kami difahamkan perubahan antaramuka pada kotak TV akan berlaku dalam seminggu selepas tempoh pendaftaran manakala aplikasi Astro Go Beta berasingan perlu dimuat turun.

Laman Astro Beta Programme untuk menguji antaramuka baharu



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://bit.ly/2EgFfuT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.