Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sony, Microsoft Dan Nintendo Juga Menggesa Kerajaan A.S Tidak Mengenakan Tarif Ke Atas China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sony, Microsoft Dan Nintendo Juga Menggesa Kerajaan A.S Tidak Mengenakan Tarif Ke Atas China

Perang perdagangan di antara China dan Amerika Syarikat semakin hangat kerana kedua-dua pihak enggan mengalah. Amerika Syarikat masih percaya China perlu adil dan membayar tarif kepada mereka apabila barang diimport masuk. Tetapi rancangan Washington untuk mengenakan tarif sehingga 25% ini menerima tentangan banyak syarikat. Pada 17 Jun lalu, Sony, Microsoft dan Nintendo menghantar saranan bersama kepada Jabatan Perdangangan A.S untuk tidak mengenakan tarif ke atas konsol buatan mereka.

Sebanyak 96% konsol di pasaran A.S diimport masuk dari China. Tarif yang tinggi akan mengakibatkan harga jualan konsol meningkat mendadak dan ini akan mendatangkan impak yang negatif kepada ketiga-tiga syarikat. Amerika Syarikat ialah pasaran terbesar industri permainan video sejak berdekad lamanya. Selain kesan ke atas Sony, Microsoft dan Nintendo, impak tarif ini turut akan dirasai oleh syarikat yang membangunkan permainan video yang berpengkalan di A.S. Jika jualan konsol lemah, jualan perisian permainan juga akan berkurangan.

Ketiga-tiga syarikat juga berkata menghasilkan konsol di luar China juga bukan pilihan yang mudah kerana majoriti komponen kini dikilangkan di China. Mencari pembekal baharu untuk konsol di luar China adalah proses yang mengambil masa.

Kenyataan bersama Sony, Microsoft dan Nintendo ini selari dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Apple, Intel. Dell dan HP. Kesemua syarikat melihat tarif tinggi yang ingin dikenakan akan mendatangkan impak yang buruk kepada ekonomi Amerika Syarikat.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Fyt1OM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.