Hi! Welcome Back and Stay Tune! YouTube Kini Membenarkan Anda Memilih Video Yang Tidak Ingin Disarankan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

YouTube Kini Membenarkan Anda Memilih Video Yang Tidak Ingin Disarankan

Algoritma YouTube melihat sejarah tontonan pengguna untuk menyarankan video pada susur masa. Tetapi kadang kala anda menonton satu video secara rawak (mungkin video Baby Shark misalnya) secara tidak sengaja yang mengakibatkan video genre yang sama disarankan berkali-kali. Ini adalah amat menjengkelkan kerana anda tidak mempunyai kawalan untuk menghalang video seperti ini dari terpapar.

YouTube hari ini memperkenalkan fungsi baharu yang memberikan akan kuasa untuk memilih video yang anda tidak mahu lagi disarankan. Pada imej kecil video, anda boleh memilih “Don’t recommend channel” bagi menghalang ia dari disarankan lagi kepada anda oleh YouTube.

YouTube juga lebih telus dengan memberikan sebab mengapa saluran tersebut disarankan. Pada aplikasi iOS sekarang, kapsyen kecil akan memberitahu anda saluran tersebut popular di kalangan penonton saluran yang anda langgani misalnya. Buat masa ini fungsi ini hanya diperkenalkan pada aplikasi iOS. Ia akan hadir ke aplikasi Android dan versi desktop dalam masa terdekat.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2X4yZNl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.