WhatsApp Menguji Fungsi Perkongsian WhatsApp Status Ke Facebook Stories
WhatsApp sedia mempunyai fungsi “Stories” mereka tersendiri yang dinamakan WhatsApp Status. Melaluinya, pengguna boleh berkongsi gambar, video mahupun teks yang diperlihatkan kepada rakan-rakan terdekat, selain ia akan dipadam selepas 24 jam. Penggunaan WhatsApp Status boleh dikatakan agak popular, dan aktif digunakan ramai.
Terkini, pihak WhatsApp telah mula menguji kebolehan untuk berkongsi WhatsApp Status ini terus ke Facebook melalui Facebook Stories. Sebaik sahaja anda menerbitkan WhatsApp Status anda, anda akan diperlihatkan dengan pautan kecil untuk terus berkongsi ke Facebook.
Dengan langkah ini, ia sekaligus memudahkan pengguna untuk menerbitkan perkongsian sama ke dua platform dengan lebih mudah berbanding perlu memuat-naiknya semula secara manual.
Pihak WhatsApp turut menekankan yang mana mereka tidak memautkan akaun Facebook ke WhatsApp – sebaliknya menggunakan API perkongsian antara kedua-dua platform berkenaan.
Buat masa ini, fungsi baru ini diuji dikalangan pengguna WhatsApp Beta, dan dijangka diperkenalkan kepada semua tidak lama lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Xs1xVx
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment