Aplikasi Kamera OnePlus 3.8.1 Akan Hadir Dengan Sokongan Penjejakan Fokus Manusia Dan Haiwan
Penjejakan fokus adalah satu ciri penting dalam aplikasi kamera. Ini adalah kerana ia akan lebih memudahkan kamera fokus kepada sesuatu objek itu tanpa sebarang masalah. Kebiasaannya, aplikasi kamera yang tiada penjejakan fokus – fokus akan mudah lari atas sebab objek yang kerap berpgerak.
Aplikasi kamera OnePlus versi 3.8.1 dilihat akan hadir dengan sokongan penjejakan fokus. Pihak XDA telah mengubahsuai fail APK OnePlus Camera menggunakan perisian khas bagi mengaktifkan ciri ini. Dengan kehadiran ciri ini, pengguna OnePlus kelak boleh mengambil gambar dengan objek yang bergerak dengan lebih mudah. Contohnya bayi yang kerap bergerak atau juga haiwan seperti kucing yang tidak boleh duduk diam. Penjejakan fokus ini akan hadir untuk kedua-dua mod mengambil gambar dan merakam video.
Selain itu, mod ‘Tripod long exposure’ juga telah ditambah. Melalui ciri ini, mod ‘Nightscape’ akan mengambil masa lebih lama untuk menghasilkan gambar mod malam yang lebih baik. Mod ini akan membuka lensa lebih lama untuk mengumpul lebih cahaya sebelum gambar diambil. Akan tetapi mod ini hanya akan berfungsi dengan lebih baik jika peranti disambungkan pada tripod atau tangan pengguna adalah stabil.
Aplikasi kamera OnePlus versi 3.8.1 ini adalah daripada Android Q Beta 3. Pihak XDA menguji pada OnePlus 7 Pro dan tidak pasti peranti OnePlus mana akan menerima sokongan ini jika ia dilancarkan kelak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ "https://ift.tt/311xstK"
Just Hit This Link To Find Out More On Their Articles... Amanz >
Post a Comment