Hi! Welcome Back and Stay Tune! iQOO Pro 5G Akan Dilancarkan Pada Bulan Ogos Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

iQOO Pro 5G Akan Dilancarkan Pada Bulan Ogos Ini


Selepas Qualcomm melancarkan Snapdragon 855 Plus, Vivo telah memberi petanda yang mereka akan hadir dengan peranti yang dikuasakan dengan cip ini. Setakat ini peranti Vivo yang dijana dengan cip peranti mercu Snapdragon adalah iQOO. Jadi, tidak dinafikan peranti ini adalah peranti iQOO baharu.

Baca Pandang Pertama vivo iQOO Di Sini

Terkini di Weibo, iQOO telah memberitahu yang mereka akan melancarkan sebuah peranti baharu. Peranti ini adalah iQOO Pro 5G. Dengan nama ‘Pro’, sudah jelas ia adalah lebih berkuasa daripada iQOO yang sebelum ini. Jika vivo iQOO dijana Snapdragon 855 biasa, ini bermakna iQOO Pro 5G akan dijana Snapdragon 855 Plus. Perkara ini juga telah disahkan oleh poster yang tertiris sebelum ini, yang mana peranti ini turut akan dipadankan dengan memori 8GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri pula adalah 4500mAH dengan sokongan pengecasan pantas 44W.

Peranti ini mungkin akan bersaing dengan Black Shark 2 Pro yang baru sahaja dilancarkan semalam. Untuk ketahui sama ada peranti layak atau tidak bersaing dengan Black Shark, mari sama-sama kita nantikan maklumat lanjut buat peranti ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ "https://ift.tt/2GFaqBj"

Just Hit This Link To Find Out More On Their Articles... Amanz >

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.