Hi! Welcome Back and Stay Tune! Saintis Hadir Dengan Kanta Lekap Yang Boleh Fokus Dan Zum - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Saintis Hadir Dengan Kanta Lekap Yang Boleh Fokus Dan Zum

Sebelum ini, kita telah sedia melihat beberapa syarikat seperti Samsung dan Sony yang mempatenkan kanta lekap pintar, selain Google sendiri mempatenkan kanta lekap dengan kamera terbina.

Terkini, saintis daripada University of California San Diego telah hadir dengan prototaip kanta lekap yang boleh zum dengan hanya kelipkan mata dua kali. Kanta lekap sama juga turut boleh memudahkan pengguna memfokuskan sesuatu perkara dengan mudah melalui kawalan mata.

Kanta Lekap Zum

Untuk kawalan pula, kanta lekap ini dikawal menggunakan medan Electrooculographic yang dihasilkan mata pengguna apabila digerakkan.

Buat masa ini, untuk menggunakannya, ia masih memerlukan beberapa komponen tambahan yang perlu dipakai manusia – dan bukan kanta lekap semata-mata sahaja. Namun, dengan pelbagai kajian, kita mungkin melihat ia terus berevolusi pada tahun-tahun akan datang.

Untuk makluman, Google sendiri sebelum ini telah membangunkan kanta lekap untuk membantu pengguna memantau tahap glukosa, namun terpaksa menangguhkannya kerana data yang dihimpunkan melaluinya tidak konsisten buat masa ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2OvIIgJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.