Hi! Welcome Back and Stay Tune! Farhash Tersilap Langkah? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Farhash Tersilap Langkah?

Yang Mulia RPK / Saudara pengarang,
 
 
Adalah amat mengejutkan apabila Farhash Wafa Salvador,  setiausaha politik kepada presiden PKR Dato Seri Anwar Ibrahim, menjerit ‘Azmin Semburit’ semasa ditemubual oleh para wartawan selepas pembebasan beliau petang tadi.
Agak janggal buat seseorang yang bertaraf pimpinan tertinggi parti peringkat negeri melontar kata-kata yang boleh membahayakan kedudukan presiden parti.
Tahanan selama lapan hari kerana siasatan polis telah menghilangkan sifat wibawa dan kesabaran sehingga Farhash tergamak mengeluarkan kata-kata yang mencabar kredibiliti Ketua Polis Negara dengan gesaan memberkas Azmin Ali.

*Ketinggalan Perkembangan*
Ketika masih dalam tahanan polis, Farhash besar kemungkinan terlepas perkembangan semasa hasil siasatan polis akan video semburit tersebut. Ketua Polis Negara, Hamid Bador telah mengesahkan bahawa Azmin bersih daripada tuduhan sebagai pasangan semburit Haziq.
Malah selepas kenyataan KPN itu, Anwar sendiri menyatakan ‘kelegaan’ beliau bahawa Azmin bukan individu terlibat.
Namun begitu, kenyataan Hamid Bador ada menyatakan bahawa penyebaran video tersebut adalah gerakan menjatuhkan individu politik. Tun Mahathir melalui tulisan beliau dalam blog chedet.cc menegaskan video tersebut merupakan gerakan politik menjatuhkan Azmin.
Ini adalah antara perkara-perkara penting yang Farhash ketinggalan gerabak.
Pecat Farhash
Sebelum muncul kenyataan ketua polis negara, begitu giat pengikut setia Anwar Ibrahim khusus Dollah Sani menggesa Azmin supaya bercuti dan meletakkan jawatan. Kemudian disusuli kenyataan media Shamsul Iskandar agar pemimpin yang sedang disiasat supaya bercuti atau meletakkan jawatan.
Kini apa pula nasib Farhash? Ke mana hilangnya suara Dollah Sani yang berdegar-degar itu dan Shamsul yang konon berprinsip untuk mendesak Farhash meletakkan jawatan atau mengusulkan pemecatan  dari parti?
Jangan terlupa atau dilupa, bahawa Farhash berstatus *Setiausaha Politik* kepada Anwar Ibrahim. Suara dia adalah gambaran suara Anwar. Mungkin sekali arahan dari Anwar. Adakah Farhash terlalu dungu untuk bertindak menjerit ‘Azmin Semburit’ jika dia tidak ada ‘lampu hijau’ daripada boss besar dia?
Apakah Farhash dan Anwar sedang menyusun lagi episod seterusnya untuk membunuh politik Azmin dan mencalar kredibiliti Tun Mahathir secara khusus?
PKR harus relevan di mata rakyat. Prinsip keadilan sosial yang dilaungkan wajar dilaksanakan. PKR perlu berani menongkah arus dan bertindak berani memecat Farhash. Jika tidak, sahih lah Anwar sebagai dalang gerakan ‘politik longkang’ ini.
Haslan Mohd Shariff
Kota Kemuning


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/32TrDAH

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.