Google Photos Kini Mempunyai Lebih 1 Bilion Pengguna
Google mempunyai sejumlah perkhidmatan dengan angka pengguna lebih 1 bilion orang, termasuk antaranya adalah YouTube, GMail, Google Maps, Chrome, dan beberapa yang lain. Terbaru, turut menyertai senarai berkenaan adalah Google Photos.
Google Photos telah diperkenalkan pada 2015 yang lepas, dimana ia membolehkan para pengguna untuk menyimpan gambar tanpa had yang boleh diselarikan pada pelbagai peranti dengan mudah. Google turut menyertakan sokongan kecerdasan buatan pada Google Photos untuk memudahkan proses carian gambar, untuk kategorikan gambar, selain menjadikan sesuatu gambar berkenaan lebih cantik secara automatik.
Perkhidmatan Google Photos ini hadir terbina pada pelbagai peranti Android, selain turut ditawarkan untuk pengguna iOS, dan juga boleh diakses melalui web.
Pengumuman angka ini hadir selari dengan pengenalan aplikasi Gallery Go – sekaligus membolehkan Google terus menambah angka pengguna mereka untuk perkhidmatan Google Photos ini.
Bagi anda sendiri, adakah anda menggunakan Google Photos? Sekiranya tidak, apakah perkhidmatan alternatif seumpamanya yang diminati anda?
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/30RAWPy
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment