Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sebuah Versi Pembangunan Windows 10 Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Menu Start Baharu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sebuah Versi Pembangunan Windows 10 Tertiris – Memperlihatkan Rekaan Menu Start Baharu

Menu Start pada Windows 10 masih tidak mempunyai sebarang pembaharuan yang besar sejak ia diperkenalkan. Namun melalui sebuah versi pembangunan Windows 10 yang tertiris, antaramukanya mungkin akan berubah – dengan memperlihatkan rekaan yang berlainan berbanding menu Start yang ada pada saat ini.

Versi pembangunan ini sebenarnya secara tidak sengaja diedarkan kepada pembangun dalaman Windows 10. Ia membawa versi Windows 10 binaan 18947 (yang mana asalnya dibina untuk pembangunan Xbox) dan kemudiannya perlu diuji oleh Windows Insider yang menggunakan peranti 32-bit. Disebabkan ia tertiris secara dalaman sahaja, Microsoft sempat menariknya semula sebelum ia tersebar dengan lebih meluas.

Apa yang menarik, menu Start ini memfokuskan kepada butang berasaskan ikon berbanding penggunaan “Live Tiles”. Menu Start seperti ini dilihat lebih sesuai untuk kegunaan institusi pendidikan dan perusahaan – kerana ia tidak menampilkan elemen yang kurang diperlukan (seperti Live Tiles) untuk kedua-dua penggunaan ini. Ia dilihat lebih mudah untuk digunakan atas perletakkan butang ikon yang besar dan jelas untuk digunakan.

Pada versi Windows 10 ini juga, ia menyajikan butang carian pada bahagian atas bersama sama gambar akaun pengguna. Pengguna juga diberi pilihan untuk kembali ke menu Start lama Windows 10 sekiranya mereka tidak menggemari rekaan baru ini.

Namun begitu, menu Start ini tidak dapat disahkan sama ada ia akan hadir pada versi Windows 10 akan datang. Mengikut beberapa laporan, ia mungkin akan digunakan pada versi Windows Lite, iaitu variasi asas Windows 10 untuk bersaing dengan Chrome OS.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Y0Ho9S

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.