Facebook Memperkenalkan Fungsi Melihat Serta Mengawal Data Yang Dikongsi Dengan Aplikasi Dan Laman Lain
Kami yakin ramai di kalangan pembaca yang menggunakan fungsi log masuk menggunakan akaun Facebook pada pelbagai laman web dan aplikasi kegemaran. Ramai yang mungkin tidak menyedari apabila ini dilakukan, Facebook dapat menjejak aktiviti anda dan kemudiannya menyasarkan iklan yang relevan selari dengan data yang dikumpul. Hari ini Facebook mengumumkan fungsi baharu yang membolehkan pengguna melihat dan mengawal data yang dikongsi oleh mereka dengan aplikasi lain.
Menerusi fungsi ini segala aktiviti di luar Facebook yang menggunakan sistem Facebook Login misalnya dapat anda lihat. Ini adalah fungsi yang memudahkan proses menghentikan penjejakan kerana ramai pengguna mungkin telah terlupa laman atau aplikasi yang telah dilog masuk menggunakan akaun Facebook mereka. Anda masih boleh menggunakan Facebook Login pada laman lain cuma data tidak akan lagi dikongsi seperti yang dilakukan sebelum ini kerana akhirnya anda diberikan kuasa mengawal data peribadi.
Buat masa ini fungsi ini telah diaktifkan kepada pengguna di Ireland, Korea Selatan dan Sepanyol sebelum diberikan kepada pengguna global berperingkat dalam bulan-bulan mendatang.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment