Sistem Parkir Penang Smart Parking Bermasalah Dengan Aplikasi Android Tidak Ditawarkan
Sistem parkir pintar Penang Smart Parking dilancarkan pada hujung minggu lalu oleh kerajaan Pulau Pinang. Ia sepatutnya menggantikan sistem kupon dengan kesemua pembayaran dilakukan menerusi aplikasi. Tetapi selepas hanya dua hari beroperasi pelbagai masalah ditemui sehingga syarikat HeiTech Padu yang membangunkannya kini diberikan surat tunjuk sebab menurut laporan Malay Mail semalam.
Masalah pertama yang dilaporkan ialah aplikasi hanya ditawarkan untuk peranti iOS. Sehingga hari ini aplikasi untuk Android tidak ditemui di dalam Play Store. Sistem juga gagal memaparkan jumlah ruangan parkir dengan tepat. Sesetengah pengguna juga merungut dikenakan kompaun tidak membayar parkir walaupun telah melakukannya menerusi aplikasi.
Tambah lagi hanya 30 sensor parkir telah terpasang pada waktu walaupun mengikut kontrak sepatutnya sebanyak 997 dipasang bermula 18 Ogos. Memandangkan aplikasi sepatutnya digunakan untuk menunjukkan parkir kosong, ketiadaan sensor-sensor ini akan membuatkan pengguna sukar mencari tempat meletak kenderaan di seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment