Google Assignments Ingin Membantu Cikgu Mengenal-Pasti Plagiat Dalam Tugasan Pelajar
Dengan perkembangan arena internet, salah satu perkara yang turut membimbangkan adalah kadar plagiat kandungan yang berlaku – terutamanya dalam tugasan para pelajar. Untuk mengatasinya, kini Google melancarkan beberapa ciri baru khusus untuk pendidikan, dinamakan Google Assignments.
Google Assignments ditujukan kepada institusi pendidikan yang menggunakan G Suite.
Melalui Google Assignments, ia memudahkan para pengajar untuk menguruskan dan menyemak tugasan para pelajar. Mereka boleh memberikan komen berkaitan sesuatu tugasan, berinteraksi dengan pantas, dan melakukan beberapa perkara lain dalam membantu pelajar menyelesaikan tugasan mereka.
Menariknya, ia juga kini hadir dengan sokongan untuk menyemak sama ada berlaku plagiat atau tidak dalam tugasan pelajar berkenaan – selain melihat sendiri dari manakah sumber-sumber berkaitan dimana ia disalin.
Pada hari ini, terdapat beberapa pengajar yang salin dan tampal sesuatu teks daripada tugasan pelajar pada kotak carian Google dalam mengenal-pasti sama ada berlaku plagiat atau sebaliknya. Dengan penawaran Google Assignments ini, ia memudahkan lagi proses berkenaan, selain menjadikan proses berkaitan lebih efisien.
Google Assignments ini bukan terhad kepada pengajar sahaja, tetapi turut boleh diakses oleh pelajar – sekaligus turut membolehkan mereka menyemak tugasan mereka sebelum menghantarnya kepada cikgu.
Buat masa ini, Google Assigments masih pada peringkat beta, dan dijangka diperkenalkan kepada semua pengguna G Suite untuk pendidikan pada tahun ini.
Layari : Google Assignments
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment