HMD Melanjutkan Penawaran Sokongan Kemaskini Sekuriti Peranti Nokia Awal Untuk Tambahan Setahun Lagi
HMD Global atau Nokia telah hadir dengan telefon pintar berasaskan Android sejak 2017 yang lepas, dan ketika pelancaran, mereka telah menjanjikan penawaran kemaskini perisian untuk telefon pintar keluaran mereka sehingga 2 tahun lamanya. Kini, selang dua tahun, pihak HMD Global hari ini berkongsi mengatakan mereka telah pun mencapai sasaran berkenaan, dan menariknya mereka akan meneruskan kemaskini untuk peranti-peranti awal mereka untuk tempoh setahun tambahan lagi.
Menurut HMD Global, Nokia 3, Nokia 5, Nokia 6, dan Nokia 8 akan menerima kemaskini sekuriti setiap suku tahun bermula Oktober ini, sehingga Oktober 2020 hadapan.
Walaubagaimanapun, kemaskini ini masih bergantung kepada negara pengguna, selain mana untuk Nokia 2, ia akan berhenti menerima kemaskini sehingga November 2019 sahaja.
Buat masa ini, HMD Global masih belum berkongsi sama ada mereka akan memperluaskan sokongan kemaskini untuk peranti-peranti lain atau sebaliknya.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment