Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Mi 9T Pro Dijangka Dilancarkan Secara Rasmi Pada Minggu Hadapan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Mi 9T Pro Dijangka Dilancarkan Secara Rasmi Pada Minggu Hadapan


Xiaomi sebelum ini telah pun hadir dengan Xiaomi Mi 9T yang mana merupakan variasi Redmi K20 untuk pasaran global. Ketika pengenalannya, ramai yang menantikan pengenalan Redmi K20 Pro untuk pasaran global – dimana ia dijangka dikenali dengna nama Xiaomi Mi 9T Pro.
Setelah sekian lama dinantikan, Xiaomi kini dilihat akan melancarkannya tidak lama lagi. Mereka telah pun mula mengacah pengenalan peranti berkenaan di Eropah pada 20 Ogos, selain di Taiwan pada 22 Ogos 2019 ini.
Perkara ini sekaligus memperlihatkan ia akan dilancarkan untuk pasaran global pada bulan ini, dan kita mungkin boleh melihat ia ditawarkan di Malaysia sekitar bulan ini atau bulan hadapan.
Jikalau mengikut Redmi K20 Pro, ia hadir dengan skrin 6.39-inci AMOLED FHD+, dijana Snapdragon 855, memori sehingga 8GB RAM, bateri 4000mAh, dan tri-kamera 48MP dibelakang. Seperti biasa, ramai menantikan harga penawaran yang kompetitif untuk peranti ini, dan sama-sama kita nantikan bilakah ia akan dilancarkan di Malaysia.


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.